Monday 1 January 2018

Surabaya Travelicious (Part 10) - Sand of Whisper (Pasir Berbisik) Bromo

Sebelum bertolak semula ke Bromo Villa (aka Rumah Bromo), kami singgah sebentar di sebuah kawasan padang pasir yang digelar sebagai Pasir Berbisik. Pasir Berbisik ini terletak diantara Puncak Gunung Bromo dan Bukit Teletubbies.

 

Mengikut kata Abah, tempat ini sebenarnya tiada apa yang menarik pun, namun bagi kami, kami tetap tidak melepaskan peluang untuk bergambar disebabkan pemandangannya yang menarik.

Sekiranya anda pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9<<

~ Sand of Whisper (Pasir Berbisik) Bromo - The No Vehicle Zone ~

 

Kami berhenti seketika sahaja disini kerana banyak menghabiskan masa di Bukit Teletubbies, kira-kira 5 minit. Di dalam masa 5 minit, kami tidak dapat menerokai banyak kawasan-kawasan di sekitar Pasir Berbisik ini.

Tetapi, ada perkara yang menarik yang perlu anda tahu ketika datang di sini. Tiang-tiang yang diletakkan seperti diatas adalah merupakan had laluan kenderaan, sama ada Jeep mahupun Motorsikal ke kawasan ini.

 

Ini adalah disebabkan kawasan selepas tiang ini adalah kawasan yang agak merbahaya, nescaya apabila banyak kenderaan masuk ke dalam ini akan mengaktifkan Gunung Berapi di sini.

Maka, kawasan di sebelah tiang ini dikenali sebagai kawasan "No Vehicle Zone".


~ Sand of Whisper (Pasir Berbisik) Bromo - Returning to Bromo Villa ~

 

Akibat melalui jalan yang mencabar diantara Puncak Gunung Bromo dan juga Bukit Teletubbies, Jeep yang kami naiki dibasahi dengan percikan air lumpur. Memang menarik dan menyeronokkan perjalanan kami di sekitar kawasan Bromo ini.

 

Seawal jam 10 pagi waktu tempatan, kami terlihat penunggang-penunggang kuda ini pulang ke rumah masing-masing setelah penat berusaha mencari rezeki di kawasan pergunungan ini.

 

Perjalanan yang panjang ini, bermula seawal jam 2 pagi sehingga jam 10 pagi akhirnya tamat dan kami dibawa pulang semula ke Bromo Villa (aka Rumah Bromo) untuk bersiap sedia untuk meneruskan perjalanan kami pada hari yang ketiga ini.

**********

Perjalanan kami pada hari ini lebih meletihkan kerana kekurangan tidur dan juga kekurangan tenaga akibat tidak bersarapan terlebih dahulu.

Dan akibat daripada mengejar masa, Pak Supir yang membawa kami ini membawa Jeep masing-masing dengan agak laju, menyebabkan saya kepeningan duduk di belakang dan termuntah apabila sampai di Bromo Villa (aka Rumah Bromo).

Setelah selesai bersiap sedia, kami meneruskan perjalanan kami ke destinasi yang seterusnya. Kemanakah kami dibawa pula selepas ini?

Nantikan semuanya pada post yang akan datang. Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment