Monday 13 November 2017

Selera Pantai Timur Bangi Review

Terletak di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi, kedai ini menjadi tumpuan pekerja-pekerja kilang yang berkerja di sekitar Bandar Baru Bangi ini untuk merasai hidangan Nasi Campur ataupun hidangan yang bersup.

 

Kedai ini memang jauh daripada jalan utama, tetapi berhadapan dengan Pejabat Pos Seksyen 16. Sekiranya anda orang Bangi, sudah semestinya anda akan tahu kedai ini, ataupun Pejabat Pos Seksyen 16.

Selera Pantai Timur Bangi ini memang menyediakan hidangan campur, namun yang menjadi daya tarikan disini adalah hidangan sup yang disediakan disini.

~ Selera Pantai Timur Bangi Review - Soup ~

 

Di sini anda boleh menikmati hidangan sup yang dihidangkan didalam keadaan yang panas.

 

Terdapat pelbagai variasi sup yang dihidangkan disini dengan harga yang berbeza-beza. Berikut adalah merupakan harga sup berdasarkan jenis-jenis yang ada di sini (pada tahun 2017).

Sup Tulang = RM 7.00
Sup Daging = RM 7.00
Sup Perut = RM 7.00
Sup Urat Keting = RM 8.00

Sup Campur = RM 9.00


 

Yang menjadi pilihan saya sudah semestinya Sup Campur, yang mengandungi Tulang, Daging, dan Perut. Kuantiti bahan-bahan ini tidak lah banyak, tetapi kelazatan sup yang dihirup memang sedap.

Supnya tidak terlalu pekat ataupun tawar, memang sesuai jika disertakan dengan nasi putih sebagai hidangan utama di tengah hari.

**********

2 comments: