Wednesday 25 January 2017

Tips Rancang Tempat Penginapan

Kalau kita pandai carik tempat untuk menginap, kita secara tidak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan ataupon menggunakan duit yang kita dah jimat tu untuk buat bende-bende lain yang lebih berfaedah, contohnya makan ke, shopping-shopping ke. So, disini saya share tips rancang tempat penginapan yang berguna untuk korang semua.

 

Biasanya kat mana-mana tempat kita travel, akan ada pelbagai jenis tempat kediaman yang korang boleh duduk. So, mana satu nak duduk ni? Dah tiba masanya untuk membongkar misteri nusantara ini. Hehehe..


~ Rancang Tempat Penginapan - Hotel ~
Hotel merupakan sebuah tempat kediaman yang amat exclusive, dimana setiap hotel ada menyediakan sarapan pagi untuk semua penghuninya. Ada juga hotel yang menawarkan kadar bayaran yang rendah dimana harganya tidak termasuk sarapan pagi. 

Hotel ni menjadi kebiasaan menjadi tempat penginapan kepada pengunjung yang datang untuk bekerja dalam jangka masa yang singkat. Parking kat hotel ni biasanya percuma kepada penghuni hotel, tak perlukan sebarang charge. Biasanya la.


Rancang Tempat Penginapan - Apartment atau Service Apartment ~
Service apartment biasanya dibeli oleh seseorang yang kemudiannya disewakan dalam harga yang lebih rendah dan jauh lagi murah dari harga hotel. Keadaan Service apartment ni bergantung kepada pemilik dimana ada sesetengah service apartment tidak menyediakan tuala mandi.

Walaupon ada diantara mereka menyediakan tuala mandi, saya sarankan bahawa bawa tuala mandi sendiri sebab kita tak tau siapa yang menggunakan tuala tu sebelum ni. Langkah berjaga-jaga la katakan.

Service apartment ni biasanya hanya boleh duduk seramai 3 - 4 orang dewasa untuk yang ada 2 bilik tidur dan 5 - 6 orang dewasa untuk yang menyediakan 3 bilik tidur. Agak sempit kalau lebih dari 7 orang dewasa duduk di tempat penginapan ni.

Untuk parking, kadang-kala kereta kena park di tempat yang berbayau.


Rancang Tempat Penginapan - Homestay ~
Hampir semua homestay memberikan harga yang sangat murah jika dibandingkan dengan Hotel atau Service Apartment. Terdapat banyak jenis homestay, samada dari rumah teres 1 tingkat sehingga rumah banglo. Mengikut kepada kesesuaian dan keramaian orang yang duduk, jenis homestay ni boleh tampung sehingga 10 - 12 orang dewasa..

Untuk homestay, tak perlu risau pasal tempat parking kereta sebab kawasan perumahan akan ada tempat parking sendiri. Kalau bawak keta sorang satu pon, tidak menjadi masalah dengan parking. Cuma jangan block jalan orang dan jangan block umah orang lain dah la. 


Rancang Tempat Penginapan - Caravan ~
Caravan ni agak unik sikit dari tempat-tempat penginapan yang saya sebutkan kat atas. Caravan ni jarang dijumpai di Malaysia, tapi banyak didapati di luar negara. 

Dalam caravan biasanya disediakan dengan katil tidur, dapur dan toilet dalam tu. Tapi mengikut pengalaman orang lain, better carik public toilet untuk mandi mahupon melepaskan hajat.

Caravan ni tak leh parking merata-rata tempat untuk camping. Setiap negara ada tempat-tempat khas untuk parking caravan ni. 

Make sure study betul-betul perjalanan korang sebelum booking caravan. Kang tak pasal-pasal kena travel jauh untuk night camp nanti. Dan juga dapat surat cinta dari pihak berkuasa sana.



~ ~ ~ ~ ~

Terdapat pelbagai jenis laman web yang memudahkan kita untuk memilih jenis-jenis tempat cam Agoda, AirAsia Go, Trivago, Booking.com, dan Airbnb. Saya letakkan link untuk direct access kat bawah sekali, so boleh compare-compare harga.. :)

No comments:

Post a Comment