Wednesday, 13 June 2018

Selera Nasi Beringin Segamat Review

Sambungan kepada cerita Kedai Burger Segamat yang famous di kalangan penduduk tempatan dan juga para pelancong yang datang ke Segamat Johor, terdapat sebuah lagi kedai yang menyediakan makanan yang lazat di sekitar kawasan Segamat ini.

 

Merujuk kepada hasil pencarian di Google, terdapat sebuah kedai yang menyediakan hidangan Nasi Beringin di Segamat, dimana nasi beringin ini adalah sejenis hidangan yang hanya boleh didapati di Selatan Semenanjung.

Bagaimanakah rupa nasi beringin ini, dan apakah lauk-lauk yang biasanya dimakan bersama-sama dengan nasi beringin ini?


~ Selera Nasi Beringin Segamat Review - The Environment~

 

Konsep yang disediakan oleh kedai Selera Nasi Beringin yang terletak di Segamat ini berupa ala-ala kampung, dimana segala jenis kerusi dan meja diperbuat daripada kayu.

Terdapat juga beberapa peralatan yang kreatif seperti tong minyak besar yang berwarna hijau di dalam gambar, yang merupakan sebuah tempat membasuh tangan yang disediakan di kedai ini.

 

Apa yang membingungkan kami adalah kereta Mini yang telah dijadikan sebagai perhiasan di bahagian hadapan kedai ini. Kaya.. Memang kaya..


~ Selera Nasi Beringin Segamat Review - The Dishes ~

 

Kami tiba di kedai Selera Nasi Beringin ini pada jam 3.30 petang, dan apa yang memeranjatkan bahawa banyak lauk-lauk telah habis dijual. Apa yang memeranjatkan lagi, masih terdapat penduduk tempatan yang datang untuk menjamu selera di sini.

 

Hidangan yang telah saya ambil adalah berisikan Ayam Masak Merah, Dalca Sayur, Nasi Beringin dan juga Sambal Nasi Beringin yang amat istimewa. Sambalnya seakan-akan sambal nasi lemak, namun rasanya agak berbeza sedikit.

Untuk hidangan seperti ini, ianya berharga RM 8.70 (harga termasuk air Teh O Ais).

**********

Meskipun ianya hampir sama dengan nasi yang dimasak dengan butter, namun rasanya agak berbeza disebabkan kehadiran rempah-rempah yang dimasukkan bersama-sama ketika menyediakan nasi beringin ini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment