Monday, 25 June 2018

Restoran Ikan Bakar PNKMB Review

Apabila berada di sekitar Port Dickson, sudah semestinya hidangan Seafood menjadi pilihan kami namun apa yang menghairankan, kami tidak menikmati hidangan Seafood ini di Negeri Sembilan, tetapi kami ke Melaka Barat.

 

Lokasi yang kami tuju adalah Restoran Ikan Bakar Persatuan Nelayan Kawasan Melaka Barat (PNKMB) yang terletak kira-kira 40 minit dari Avillion Water Chalet. Kawasan ini memang menjadi pusat tumpuan kami setiap kali kami ingin menikmati hidangan makanan laut di Port Dickson. 

Jom saya kongsikan dengan anda pengalaman kami menikmati hidangan makanan laut di sini.



~ Restoran Ikan Bakar PNKMB Review - Additional Information ~

 

Restoran Ikan Bakar PNKMB ini dibuka dari jam 6.00 petang sehingga jam 12.00 malam setiap hari, menyediakan masakan dan makanan laut yang masih segar dari lautan.

Sekiranya melihat kepada star rating yang diberikan oleh para pengunjung di Google, Restoran Ikan Bakar PNKMB ini hanya mempunyai 3.5 bintang sahaja. Oleh sebab itu, tidak banyak pengunjung yang datang untuk menikmati makanan laut di sini.


~ Restoran Ikan Bakar PNKMB Review - The Fresh Seafood ~

 

Segala jenis makanan laut ada dijual disini, daripada jenis bersisik hingga lah jenis bercengkerang. Harganya pula adalah berbeza-beza mengikut jenis makanan laut yang anda pilih, telah dibungkus mengikut jenis (bercengkerang).

Berikut adalah beberapa jenis hidangan laut yang disediakan disini.

 
Pelbagai jenis ikan, termasuk ikan siakap~

 
Ketam~

 
Kerang dan Udang~

 
 
Dan beberapa jenis cengkerang yang pasti membuatkan anda rambang mata~


Berikut adalah merupakan beberapa harga yang ditawarkan di Restoran Ikan Bakar PNKMB:

Harga Makanan Laut / KG

Jenis-jenis Ikan
Jenak : RM 60.00
Siakap : RM 54.00
Serekut : RM 52.00
Kerapu : RM 60.00
Cencaru : RM 22.00
Kurau : RM 45.00
Senangin : RM 42.00
Pari : RM 30.00
Kembong : RM 24.00
Terubuk : RM 33.00

Jenis-jenis hidupan laut yang lain
Udang A : RM 90.00
Udang B : RM 65.00
Sotong : RM 55.00
Ketam : RM 50.00
Kerang : RM 12.00
Kepah : RM 16.00
Kupang : RM 20.00
Belangkas : RM 18.00 seekor


~ Restoran Ikan Bakar PNKMB Review - The Menu ~

 

Di Restoran Ikan Bakar PNKMB ini, harga menu masakan sudah termasuk sekali di dalam harga yang saya telah kongsikan di atas, dimana senarai menu dan masakan yang ditawarkan adalah seperti dibawah.

Jenis Masakan

 
Goreng Berlada
Apabila ianya digoreng dengan lada atau cili, masakannya agak simple namun terasa kepedasan yang disediakan pada setiap gigitan. Sedap? Biasa-biasa sahaja.

 
Goreng Tepung
Digoreng dengan tepung, hidangan ini amat sesuai disajikan dengan sotong dan juga udang. Rasanya agak crunchy, namun terasa agak masin ketika dijamu. Maka, cicahlah dengan sambal cili ataupun cili sos untuk memberikan rasa kepedasan.

 
Goreng Butter
Lain daripada yang lain, hidangan Goreng Butter ini tidak sama dengan hidangan di kedai masakan Cina, dimana tidak terdapat sawang-sawang telur diatasnya. Akan tetapi, ianya tetap memberikan rasa kemanisan dari butter itu ketika dijamu.

 
Bakar Bungkus
Amat sesuai untuk hidangan yang berasaskan daging yang lembut seperti ikan. Gorengan ini menyebabkan isinya tidak terlerai, dan juga memastikan rasa sambal yang menyaluti ikan ini menjadi lebih sedap.

 
Sup
Terdapat jenis sup yang disediakan disini, tidak tertakluk untuk hidangan makanan laut sahaja. Sup ini amat sesuai kepada anda yang inginkan kelembapan pada makanan dan hidangan masing-masing. Rasanya yang agak pekat memang sesuai dengan hidangan yang dipilih.

Jenis Masakan yang belum kami cuba
Asam Pedas
Masak Stim
Masak Tiga Rasa
Goreng Kunyit
Tom Yam
Bakar Kering
Sweet Sour

**********

Boleh dikatakan hidangan yang disediakan disini agak menarik, dan sesuai untuk dimakan beramai-ramai. Namun agak pelik bagi saya apabila tidak ramai yang datang dan menikmati makan malam di sini.

Hidangan yang saya rasai; Sup sayur, Ikan Bakar, Udang Goreng Butter, Sotong Goreng Tepung, Kepah Goreng Berlada, beberapa nasi dan minuman untuk 8 orang makan hanya RM 143.00 sahaja

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ni. Jumpa lagi di post yang akan datang.


Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment