Monday, 11 June 2018

Omar Syarif Rojak Penang Bangi Review

Di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi terdapat banyak kedai-kedai yang menyediakan hidangan Rojak yang sedap-sedap, dimana salah satu daripada kedai tersebut adalah Omar Syarif Rojak Penang yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi.

 

Kedai ini pada awalnya tidaklah terlalu penuh, namun ketika kami duduk di sini, terus menjadi penuh. Maklumlah, jam sudah menunjukkan waktu makan tengah hari.

Di sepanjang kami berada di sini, terdapat hidangan-hidangan yang menyelerakan yang telah kami rasai.


~ Omar Syarif Rojak Penang Bangi Review - The Menu ~

 

Menurut kepada si isteri, hidangan Rojak yang disediakan disini adalah lebih sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Selain daripada Rojak, terdapat juga hidangan-hidangan yang special seperti Nasi Ayam Pulau Mutiara, Cendol dan lain-lain.


~ Omar Syarif Rojak Penang Bangi Review - The Rojak ~

 

Inilah hidangan yang teristimewa yang disediakan di Omar Syarif Rojak Penang yang terletak di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Hidangan Rojak ini mempunyai 2 jenis, Rojak Penang Biasa dan Rojak Penang Mee. 

Berikut adalah harga yang ditawarkan berdasarkan jenis Rojak yang disediakan di sini.

Rojak Penang Biasa
Biasa - RM 5.50
Ayam - RM 7.00
Sotong - RM 7.00
Special - RM 9.00

Rojak Penang Mee
Biasa - RM 6.50
Ayam - RM 8.00
Sotong - RM 8.00
Special - RM 10.00


~ Omar Syarif Rojak Penang Bangi Review - Mee Rebus ~

 

Mee Rebus yang disediakan di kedai Omar Syarif Rojak Penang ini agak pedas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak tahan akan kepedasan.

Namun, memang ternyata kelazatan dan kepekatan kuah dari Mee Rebus yang disediakan disini. Berikut adalah harga yang ditawarkan disini.

Mee Rebus
Biasa - RM 5.50
Ayam - RM 7.00
Sotong - RM 7.00
Daging - RM 7.00
Special - RM 9.00

**********

 

Meskipun anda berada di Negeri luar, namun anda boleh merasai sendiri hidangan Rojak Penang yang boleh didapati di Bandar Baru Bangi. Anda pasti tidak akan menyesal untuk merasai hidangan Rojak Penang disini.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. Assalamualaikum sis..senarai harga tu yg baru ataupun senarai yg lama

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum restoran omar Sharif tu mamak ke

    ReplyDelete