Pada suatu hari, isteri saya telah mengajak saya untuk menghadiri majlis perpisahan kawannya yang sudah tiba masanya untuk pencen di Hotel Putrajaya-Bangi, lebih dikenali sebagai Hotel Equatorial pada suatu ketika dahulu.
Terdapat banyak restoran-restoran yang boleh didapati di dalam Hotel Putrajaya-Bangi ini, seperti restoran yang menyediakan makanan Jepun dan lain-lain lagi.
Majlis perpisahan (atau lebih dikenali sebagai majlis makan-makan) kali ini dilaksanakan di Restoran Fantasi.
Terdapat pelbagai variasi dan jenis-jenis makanan yang disediakan di sini, seringan kuih-muih sehinga seberat masakan pasta dan pizza.
Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda hidangan-hidangan yang disediakan ketika majlis ini berlangsung (dan kebarangkalian hidangan yang sama akan anda perolehi ketika anda datang ke sini).
~ Fantasi Restaurant at Hotel Putrajaya-Bangi Review - Appetizer Area ~
Di Fantasi Restaurant Hotel Putrajaya-Bangi ini menyediakan lebih daripada 50 jenis makanan, dimana ia boleh dirangkumkan kedalam 3 jenis kategori; Appetizer, Main Dish dan juga Dessert.
Di kategori Appetizer, terdapat lebih daripada 5 jenis makanan yang anda boleh rasa dari bahagian kek sehingga ke bahagian ABC. Dibawah adalah beberapa hidangan Appetizer yang dihidangkan di sini.
Variasi jenis roti dan kuih-muih~
~ Fantasi Restaurant at Hotel Putrajaya-Bangi Review - Main Dish ~
Di Fantasi Restaurant Hotel Putrajaya-Bangi ini juga menyediakan hidangan Menu Utama yang sedap seperti One Minute Fried Rice (di dalam gambar diatas) dan juga beberapa lagi menu yang pasti membuatkan anda kekenyangan.
Berikut adalah beberapa menu utama yang turut disediakan di sini.
Kepada penggemar Nasi Kerabu~
Seterusnya ke kawasan mee~
Dan diakhiri di kawasan lauk-lauk yang sedap-sedap~
~ Fantasi Restaurant at Hotel Putrajaya-Bangi Review - The Dessert ~
Diakhiri dengan buah-buahan tempatan seperti Tembikai, Betik, Tembikai Susu, dan juga beberapa jeruk buah, dan juga puding-puding yang melazatkan.
**********
Jika anda yang kuat makan, memang anda patut datang ke sini disebabkan banyak makanan dan lauk-lauk yang anda boleh cuba dan nikmati.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment