Setiap kali kami menghala ke rumah si Nana (adik kepada si isteri) yang tinggal di kawasan Mantin, Negeri Sembilan, sudah semestinya kami akan singgah di Mantin Original Coconut Shake untuk menikmati hidangan coconut shake yang disediakan disini.
Asalnya hanya sebuah kedai yang kecil, sehingga dapat berpindah dan membesarkan kedai mereka ternyata terdapat sesuatu yang istimewa terhadap Coconut Shake yang disediakan disini.
Tanpa membuang masa, jom saya kongsikan dengan anda tentang Mantin Original Coconut Shake ini.
~ Mantin Original Coconut Shake Review - The Coconut Shake ~
Rasa Coconut Shake yang disediakan disini ternyata hampir sama dengan Coconut Shake yang anda boleh dapati di Pantai Klebang Melaka.
Ianya adalah satu khabar berita yang mengembirakan bagi kami kerana kami tidak lagi perlu untuk ke Pantai Klebang untuk mencari Coconut Shake yang terkenal dan menjadi viral satu ketika dahulu.
Coconut Shake yang disediakan di Mantin Original Coconut Shake ini mempunyai pelbagai jenis, telah diolah oleh kedai ini bagi memenuhi citarasa penduduk tempatan. Antaranya adalah:
Coconut Shake Special
Normal Coconut Shake - RM 3.00
Coconut Shake Special - RM 3.50
Roll Normal Coconut Shake - RM 3.50
Roll Coconut Shake Special - RM 4.00
Chocolate Rice - RM 3.50
Chocolate Rice (Special) RM 4.00
Chocolate Chip - RM 3.50
Chocolate Chip (Special) - RM 4.00
Coconut Shake Double Scoop Special
Coconut Shake - RM 4.00
Roll Coconut Shake - RM 4.50
Chocolate Rice - RM 4.50
Roll Chocolate Rice - RM 5.00
Selain daripada hidangan Coconut Shake yang disediakan di Mantin Original Coconut Shake, terdapat juga pelbagai jenis hidangan yang disediakan di sini seperti Air Jus, Cendol, Makanan dan lain-lain lagi.
**********
Sekiranya anda tinggal berhampiran dengan area Mantin, sudah semestinya kedai ini menjadi pusat tumpuan anda untuk menikmati hidangan Coconut Shake.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment