Terletak di dalam kawasan Teluk Kemang, Port Dickson terdapat sebuah pusat pameran yang memamerkan pelbagai jenis hidupan laut, lebih-lebih lagi hidupan laut yang di lindungi daripada pelbagai jenis ancaman.
Pusat Ikan Hiasan, yang terletak di Port Dickson ini, juga merupakan pusat jagaan hidupan laut dikelolakan oleh pihak kerajaan; Jabatan Perikanan Malaysia dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Yang lebih menarik, kemasukkan ke dalam Pusat Ikan Hiasan ini adalah PERCUMA sahaja, tidak perlukan sebarang bayaran. Hanya daftar sahaja di pondok jaga.
~ Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Review - The Turtle Rehabilitation ~
Sebelum anda memasuki ke dalam bangunan utama Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini, anda terlebih dahulu boleh melihat kawasan jagaan Penyu yang terletak berhadapan dengan pintu masuk ke dalam bangunan.
Di sini, terdapat lebih daripada 10 ekor penyu yang dijaga oleh kakitangan Pusat Ikan Hiasan ini, diletakkan di dalam sebuah kolah plastik yang berwarna biru. Setiap ekor penyu telah diasingkan di dalam kolah yang berbeza.
~ Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Review - The Main Building ~
Di dalam bangunan utama terdapat pelbagai jenis ikan hiasan yang dipamerkan kepada pengunjung yang datang untuk merasai sendiri pengalaman melihat ikan-ikan ini dari jarak yang lebih dekat (dan juga percuma).
Waktu operasinya adalah seawal jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat (tutup pada jam 12.15 pagi hingga 2.45 petang pada hari Jumaat) dan seawal jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.
Berikut adalah beberapa gambar hidupan laut yang boleh anda lihat di dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini.
Beberapa akuarium kecil di kawasan lobby utama. Baby Shark pun ada~
Beberapa akuarium kecil di kawasan dalaman bangunan~
Dan ada juga beberapa akuarium kecil pada lorong di dalam pusat ini~
~ Pusat Ikan Hiasan Port Dickson Review - The Activities ~
Terdapat pelbagai jenis aktiviti pemuliharaan dan juga penternakkan yang dilaksanakan oleh kakitangan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, dimana semua informasi tersebut diletakkan di dalam flyers yang anda boleh dapati di Kaunter Informasi.
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini adalah Penternakan Batu Karang, Penternakan Ikan Inggu (Clownfish), Penternakan Kuda Laut dan juga Penjagaan Penyu.
Berikut adalah merupakah beberapa gambar yang diambil di dalam kawasan Pusat Penternakan Batu Karang dan juga Kuda Laut.
Pusat Penternakan Batu Karang~
Pusat Penternakan Kuda Laut~
**********
Jika dibandingkan dengan beberapa pusat hiasan ikan yang kita boleh dapati di seluruh Malaysia, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini tidaklah besar namun ianya sudah mencukupi untuk anda yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan hidupan laut ini.
Sekiranya anda ingin membuat perancangan untuk bercuti di Port Dickson, maka Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ini harus dimasukkan di dalam itinerary anda.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Menarik ni. X pernah tau pun pasal tempat ni.
ReplyDelete