Wednesday, 13 September 2017

My Melbourne Journey (Part 4) - Lunch at Apollo Bay

Selepas selesai aktiviti di Split Lighthouse Great Ocean Memorial, kami meneruskan perjalanan kami ke Apollo Bay untuk makan tengah hari. Jarak diantara Split Lighthouse dan Apollo Bay ini lebih kurang 1 jam 30 minit.

 

Sahabat kami, Effani memberitahu bahawa perjalanan ini agak mencabar kerana jalannya seakan-akan jalan di Genting Highland; berliku-liku.

Kepada anda yang baru pertama kali membaca post ini, dan ingin mengetahui perkongsian sebelumnya, anda boleh klik pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3<<


~ My Melbourne Journey - To Apollo Bay ~


Daripada Split Lighthouse Great Ocean, jalan menghala ke Apollo Bay yang merupakan jalan yang berliku-liku ini dipenuhi dengan pemandangan-pemandangan tepi pantai yang cantik, indah dan tenang.

 

Kepada yang biasa dengan jalan yang berliku-liku di Malaysia, melalui jalan Great Ocean Road ini membuatkan anda berfikir 2-3 kali. 

Jarak diantara setiap satu bandar adalah lebih kurang 40 minit setiap satu, tandas awam yang hanya ada di kawasan bandar sahaja dan juga cuaca yang seakan-akan panas ini menyebabkan anda cepat berasa lesu.

 
Awak, awak.. Awak ngandung ke sampai muntah-muntah ni~

Kepada yang tidak tahan, perjalanan ini akan menyebabkan anda pening kepala seterusnya membawa kepada mabuk dan muntah. 

Setiap 500 meter terdapat kawasan luas di tepi jalan Great Ocean Road dan anda boleh berhenti untuk berehat seketika.


~ My Melbourne Journey - Pekan Lorne ~

 

Lorne merupakan sebuah pekan kecil tempat kami berhenti untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Apollo Bay. Jaraknya lebih kurang 40 minit selepas perjalanan kami dari Split Lighthouse Great Ocean Memorial.


 

Sambil-sambil kami menyinggah, kami sempat lagi bertemu dengan sekumpulan Seagull yang sedang mencari makanan.


~ My Melbourne Journey - Iluka Cafe, Apollo Bay ~

 

Selepas sejam perjalanan dari pekan Lorne, akhirnya kami selamat tiba di Apollo Bay. Di sini, Effani membawa kami sekeluarga ke Iluka Cafe, satu-satunya kedai yang menyediakan makanan halal di Apollo Bay ini.

 
Certificate Halal yang diletakkan di kaca hadapan kedai~

 
Menu hidangan yang disediakan di Iluka Cafe ini~

 
Seriusnya muka akak ni. Nampak ape lah tu agak-agaknya~

 

Masuk-masuk sahaja kedai ini, sudah terpapar daging-daging mentah dan juga beberapa lagi hidangan yang telah dimasak, membuatkan saya terliur melihat satu per satu.

Effani telah membuat pesanan pada kaunter pembayaran, dimana setiap seorang dari kami dihidangkan dengan Fish & Chips.

 

Hidangan Fish & Chips ini dihidangkan dengan potongan biji lemon dan sepeket kecil ketchup. Masa ini lah baru kami menyesal tidak membaca cili sos dari Malaysia..

 

Air kosong yang dihidangkan di atas meja di Iluka Cafe ini adalah percuma. Ini juga merupakan salah satu penjimatan budget yang kami buat sewaktu perjalanan di Great Ocean Road ini.

 
Bergambar dengan makanan yang telah dihidang~

 
Izzat pun suka bila dapat makanan. Maklumlah, sudah tengah hari~


Apabila masing-masing sudah mengisi perut di Iluka Cafe, Apollo Bay ini, kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya.

Jam pada kami beredar dari Apollo Bay ini lebih kurang 1.45 petang waktu tempatan dan kami masih mempunyai 3 lagi tempat yang kami akan singgah.

Nantikan pengembaraan kami yang seterusnya di post yang akan datang.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. Teruk sgt ke Great Ocean Road tu? Risau pulak sbb sy mmg ada penyakit vertigo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan di Great Ocean Road berliku-liku dan jaraknya memang panjang diantara bandar. Lebih-lebih lagi jikalau Puan mempunyai penyakit Vertigo, memang puan akan berasa pening-pening dan mual jika melalui jalan ini. Tidak sesuai sekiranya puan ingin melalui jalan ini.

      Delete