Setelah tamat berkongsi pengalaman kami pada hari pertama dan kedua, terlupa pula untuk kami berkongsi lokasi makan malam kami di Melbourne Australia.
Pada malam yang pertama selepas kami menghabiskan masa di Great Ocean Road, kami menyinggah kedai makanan Halal di Melbourne yang bernama "Taste of Thai". Jarak diantara Dolma Hotel ke Restoran Taste of Thai ini lebih kurang 5 minit perjalanan dengan menaiki kereta.
Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10<<
Sama seperti menu yang kita boleh lihat di serata Malaysia, di Taste of Thai Melbourne ini juga menyediakan makanan yang hampir sama.
Meskipun namanya sama, tetapi rasanya jauh sekali berbeza dengan masakan thai di Malaysia. Di sini, segala jenis makanan tidak sepedas di Malaysia.
~ Taste of Thai, Melbourne - Duck Tom Kha ~
Ini adalah makanan yaang dipilih oleh isteri yang dicintai. Menurut kepada menu, hidangan ini disediakan dengan gabungan santan cair, perahan jus limau, cili dan juga cendawan.
Disebabkan menu utama adalah daging itik, maka saya tidak makan sangat hidangan ini. Rasa dan bau daging itik ini memang terbaik~
~ Taste of Thai, Melbourne - Thai Fried Rice ~
Tiada hidangan lain yang kami pilih untuk kanak-kanak pada kali ini, melainkan hidangan Thai Fried Rice. Meskipun kami tahu bahawa masakan di sini tidak pedas, oleh sebab sudah biasa dengan memesan makanan, kami cakap juga untuk mendapatkan kepastian.
Boleh tahan juga licin Thai Fried Rice ini dikerjakan oleh Irfan dan Izzat. Maklumlah, seharian berjalan-jalan di Great Ocean Road~
~ Taste of Thai, Melbourne - Chilli Fried Rice ~
Sejenis lagi makanan yang menjadi kegemaran saya, iaitu Chilli Fried Rice. Meskipun namanya Chilli, restoran ini tidak menggunakan cili seperti di Malaysia tetapi mereka mengguna Cili Bulat (Capsicum).
Bagi lidah Malaysia dan hantu cili seperti saya, hidangan ini tidak pedas.
~ Taste of Thai, Melbourne - Chicken and Glass Noodle Soup ~
Namanya sahaja sudah tidak sama dengan gambar diatas. Ini disebabkan anda boleh memilih jenis daging; Ayam, Lembu, Kambing, Itik, Makanan Laut, Udang, ataupun Sayur Campur.
Supnya memang sedap, terasa kepekatan rasa rempah yang digunakan semasa proses penyediaan sup.
Apakah pilihan daging anda? Anda sendiri yang tentukan.
~ Taste of Thai, Melbourne - Conclusion ~
Memang banyak kedai-kedai dan restoran-restoran yang menyediakan makanan Halal di sekitar Melbourne. Apa yang paling penting adalah anda harus pandai menerokai kedai-kedai makan sebelum anda datang ke sini.
Untuk post yang seterusnya, saya akan berkongsi makanan halal yang kami makan pada malam kedua pula.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment