Setelah kami berpuas hati meronda-ronda di Castle Cove, kami seterusnya dibawa ke Gibson Step Lookout yang tidak jauh dari Castle Cove itu sendiri.
Kepada mereka yang sukakan aktiviti yang lasak, Gibson Step Lookout ini memberikan anda peluang untuk turun ke kawasan pantai dan berjalan-jalan ditepian pantai.
Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post-post sebelumnya dengan klik pada pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6<<
Ketika kami tiba di sini, kira-kira jaraknya 5 minit dari Castle Rock, kami tidak berpeluang untuk turun ke kawasan persisiran pantai kerana tangga untuk turun telah ditutup oleh pihak yang berkuasa.
Oleh sebab itu, kami hanya berpeluang untuk mengambil gambar sahaja di tebing Gibson Step Lookout ini. Di sini, anda juga dapat melihat beberapa lagi batu-batu "The Twelve Apostle" yang anda tidak dapat lihat di Castle Rock.
Berikut adalah beberapa koleksi gambar yang kami ambil sempena penyinggahan kami di Gibson Step Lookout.
Bergambar dengan berlatar-belakangkan lautan yang indah~~
Nenda yang menemani Izzat melihat keindahan lautan di Gibson Step ini~~
Bergambar dengan anakanda kesayangan, Irfan. Dia tengah kesejukan tu, tu yang berpeluk sahaja~~
Menunjukkan tebingan yang unik, disusun seperti tembok. Orang sebelah? Abaikan dia~~
Kasih sayang ibu juga tetap tidak dilupakan~~
**********
Perhentian kami disini sekejap sahaja kerana kami mengejar lokasi yang seterusnya iaitu Port Campbell sebelum matahari terbenam. Di Port Campbell juga merupakan salah satu pengalaman yang berharga bagi kami.
Adakah anda ingin tahu apakah yang berlaku di sana? Nantikan post saya yang seterusnya berkisahkan pemandangan Port Campbell yang unik, berserta dengan haiwan-haiwan liar yang tidak dapat dijumpai di Malaysia.
Sampai disini sahaja post saya untuk kali ini. Moga bertemu lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment