Setelah berada di Castle Cove selama kira-kira 20 minit, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, The Twelve Apostles.
Kepada anda yang pertama kali sampai di post ini, anda boleh membaca post-post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5<<
Tanpa membuang masa, ayuh saya berkongsi pengalaman kami menghala ke The Twelve Apostle.
Perjalanan pada hari pertama ini memang meletihkan badan, lebih-lebih lagi kepada penumpang yang duduk di bahagian belakang.
Selepas kami singgah di Castle Cove, masa perjalanan selama sejam untuk sampai di "The Twelves Apostles" ini adalah lebih kurang satu jam. Bertolak pada jam 2.20 petang waktu tempatan, kami selamat tiba di lokasi seterusnya pada jam 3.20 petang.
~ My Melbourne Journey - The Twelves Apostle Gate ~
Cuaca di sini walaupun amat terik, tetapi tidak panas seperti di Malaysia. Di bahagian belakang ini adalah merupakan bangunan utama yang dijadikan sebagai pintu masuk ke "The Twelves Apostle".
Terdapat beberapa informasi penting diletakkan di pintu masuk "The Twelves Apostle" seperti jarak perjalanan untuk melihat keindahan "The Twelves Apostle" ini.
Merujuk kepada papan informasi ini, terdapat dua lokasi yang anda boleh lihat keindahan "The Twelve Apostle" ini; Castle Rock dan Gibson Step Lookout.
Sebelum kami meronda-ronda ke laluan Castle Rock, di bahagian dalaman bangunan ini terdapat sebuah Cafe yang menyediakan minuman panas kepada pengunjung yang datang di kawasan ini.
Selain daripada makanan dan minuman, Cafe ini turut menyediakan barangan-barangan lain untuk dibeli dan dibawa pulang sebagai cenderahati.
~ My Melbourne Journey - The Twelves Apostle's Castle Rock ~
Berjalan kaki ke Castle Rock ini mengambil masa selama 4 - 5 minit perjalanan, tidak termasuk untuk berhenti untuk mengambil gambar haiwan-haiwan liar di persekitaran Castle Rock ini.
Berjalan.. Berjalan.. Berjalan itu satu penantian~
Mommy yang seronok menghala ke The Twelves Apostle~~
Meskipun jauh berjalan, tetapi badan langsung tidak mengeluarkan peluh. Cuma kaki saya sahaja yang terasa yang tertanggal ketika berjalan di sepanjang laluan ini.
Besarnya tikus ini.. Ehh.. Kangaroo rupanya~~
Tetapi lenguh dan sakit kaki saya terubat apabila dapat merakam gelagat seekor kangaroo liar yang sedang memakan rumput, berlegar-legar di sekitar laluan Castle Rock ini.
Setelah 5 minit berjalan, akhirnya berjumpa juga dengan puncak Castle Rock. Dari jauh, ianya kelihatan seperti tebing yang tinggi, tetapi apabila anda menghampiri tempat tersebut, anda boleh melihat bentuknya seakan-akan Menara Istana yang diperbuat dari batu.
Sungguh cantik dan elegant~
Terdapat juga informasi-informasi penting yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda berkenaan dengan Castle Rock mahupun The Twelves Apostle ini di sekitar kawasan laluan Castle Rock.
Ini adalah diantara informasi yang sangat berguna kepada pelawat dan pengunjung yang berkunjung di Castle Rock ini. Siapa sangka terdapat Sotong Kurita di perairan Castle Rock ini. Huhuhu~
Sudah tiba masanya saya banjiri post ini dengan koleksi-koleksi gambar-gambar yang diambil di Castle Rock ini. Bersedia semua?
Sayaaaamm.. Nak tu boleyy~~
Pemandangan dari tebing Castle Rock. Salah satu kawasan camping di Castle Rock.. kot~
Sesi romantik diantara seorang ibu dan anak~~
Pemandangan "The Twelves Apostle". Gambar gelap sebab berhadapan dengan cahaya matahari~~
Menurut kepada sahabat kami, pada asalnya terdapat 12 batu-batu seperti didalam gambar di atas, tetapi masa demi masa, batu-batu ini telah terhakis akibat dipukul ombak dan angin dari laut.
Sekarang, hanya 8 batu sahaja yang tinggal, berdiri teguh menerima pukulan ombak dari lautan.
**********
Setelah hampir satu jam kami berada disini, kami dibawa pula ke Gibson Step Lookout yang terletak tidak jauh dari The Twelves Apostle's Castle Rock ini.
Bagaimana pula dengan keadaan Gibson Step Lookout ini?
Nantikan post saya yang seterusnya yang menceritakan pengalaman kami di Gibson Step Lookout pula~
Sampai disini sahaja perkongsian untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment