Thursday, 21 September 2017

My Melbourne Journey (Part 8) - Port Campbell

Perjalanan terakhir kami pada hari yang pertama diakhiri di Port Campbell, terletak kira-kira 20 minit perjalanan dari The Twelve Apostles.

 

Port Campbell ini merupakan kawasan yang tenang, sehinggakan tiada kenderaan kelihatan diatas jalan di sekitar kawasan Port Campbell ini.

Kepada anda yang pertama kali membaca post ini, anda boleh membaca post yang sebelumnya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7<<

~ My Melbourne Journey - Towards Port Campbell ~

 

Sungguh tenang perjalanan kami menghala ke Port Campbell, jarang sekali kelihatan kenderaan-kenderaan lalu di sepanjang perjalanan kami.

Cuaca pada hari ini meskipun gerimis-gerimis hujan, tetapi masih lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.


~ My Melbourne Journey - Solat di Port Campbell ~

 

Ini lah lokasi terakhir kami pada hari yang pertama ini. Memang jarang kelihatan penduduk-penduduk tempatan keluar dan beriadah diluar disebabkan cuaca yang sejuk.

 

Di sinilah juga tempat kami berhenti untuk menunaikan Solat Jama' Takhir Zuhur-Asar dengan berpandukan arah matahari terbenam. Bila periksa dengan GPS, memang betul arah kiblatnya.

Kepada kaum lelaki pula, anda boleh menunaikan solat di dalam kereta. Sekiranya mahukan cabaran yang lebih, boleh menunaikan solat di kawasan taman.

 

Disebabkan ingin merasa bagaimana menunaikan solat di kawasan taman, maka saya menyahut cabaran diri saya sendiri.

Air yang keluar dari paip air yang sejuk, ditambahkan dengan tiupan angin yang kuat, sudah cukup untuk menggugurkan iman saya yang goyang ini. Hahaha~


~ My Melbourne Journey - Feeding the Seagull ~

 

Aktiviti utama ketika kami ke Port Campbell ini adalah memberi makanan kepada sekawan Seagull yang singgah untuk mencari makan. 

 

Pada awalnya, kami memberikan biskut-biskut yang kami beli dan tidak makan (sebab tidak sedap), sekali sampai makanan tengah hari juga kami taburkan.

 

Memang banyak burung-burung ini datang mengelilingi kami, sehingga ada yang sanggup terbang untuk menangkap makanan yang kami lambungkan ke udara.

Setakat terkena tahi burung ketika burung-burung itu berterbangan di sekitar anda itu adalah perkara biasa~

 
Kenapa muka Najwa sampai macam itu sekali?~


~ My Melbourne Journey - Sunset in Port Campbell ~

 

Keindahan dan kecantikkan suasana matahari terbenam di Port Campbell telah berjaya memukau jiwa kami yang berada di sini. Ketika musim sejuk, matahari mula terbenam pada jam 5 petang waktu tempatan.

Maksudnya, ketika musim sejuk, fenomena matahari terbit dan terbenam adalah lebih singkat berbanding dengan musim panas.

Sahabat kami juga mengatakan bahawa ketika musim panas, jam 9 petang waktu tempatan masih lagi cerah.


~ My Melbourne Journey - Return to Dolma Hotel ~

 

Perjalanan pulang kami ke Moreland Road mengambil masa lebih kurang 2 jam 45 minit dari Port Campbell dengan melalui Jungle Road berbanding dengan Great Ocean Road di waktu pagi.

Perjalanan yang meletihkan pada hari pertama ini memberikan banyak pengalaman yang berharga kepada kami yang mengambil Ground Package di Melbourne ini.

**********

Tamat sudah hari pertama kami berjalan-jalan, meronda-ronda di Great Ocean Road. Pada hari yang kedua pula, kami akan bermain salji di Lake Mountain pula~

Nantikan post saya yang seterusnya berkisarkan pengalaman kami di Lake Mountain pada hari yang kedua di Melbourne.

Jumpa lagi. Bubbyeee~~~~~

1 comment: