Terlalu banyak masakan Jepun yang telah masuk ke dalam Malaysia, dimana kebanyakkannya telah diubahsuai kepada citarasa penduduk Malaysia itu sendiri.
Pada kali ini, saya akan berkongsi keenakan memakan di Restaurant Teppanyaki Malaysia. Restaurant ini banyak terletak di shopping complex di Seluruh Malaysia.
~ Teppanyaki Malaysia Review - Menu dan Harga ~
Menu dan Harga yang disediakan di restaurant ini adalah standard jika anda pergi kemana-mana sahaja. Menu dan harga adalah seperti dibawah.
MENU HARGA
Prawn Teppanyaki RM 21.90
Salmon Fish Teppanyaki RM 20.90
Beef Teppanyaki RM 16.90
Cuttlefish Yaki RM 14.90
Sukiyaki RM 14.90
Chicken Teppanyaki RM 12.90
Ebi Soba (Prawn) RM 11.90
Niku Soba (Beef) RM 10.90
Fuji Snow (ABC) RM 6.90
Fresh Orange Juice RM 6.90
Gyoza RM 5.90
Chawa Mushi RM 5.90
Ice Lemon Tea RM 5.90
California Roll RM 4.90
Coffee RM 4.90
English Tea RM 4.90
Dasani Mineral Water RM 3.90
Canned Drinks RM 3.90
Japanese Tea RM 1.90
Harga-harga diatas juga tertakluk kepada keadaan semasa juga. Boleh jadi harga akan melambung pada masa-masa yang tertentu diatas kepentingan peribadi.
~ Teppanyaki Malaysia Review - Cooking Area ~
Restaurant ini menyediakan kawasan memasak dimana anda boleh melihat bagaimana makanan anda dimasak. Anda boleh terus duduk di hadapan tukang masak untuk menikmati keindahan aroma yang dikeluarkan ketika makanan dimasak.
Selain dari tempat duduk dihadapan tukang masak ini, anda boleh duduk dibahagian dalam restaurant, yang jauh dari tempat memasak.
~ Teppanyaki Malaysia Review - Chicken Teppanyaki ~
Ini adalah makanan kegemaran saya, Chicken Teppanyaki. Harganya lebih murah berbanding dengan masakan Teppanyaki yang lain. Rasanya pula memang dapat memenuhi selera dan citarasa saya.
Hidangan ini disediakan dengan Nasi, Sayuran dan juga Jeruk Masin. Ayam yang disediakan pula sangat lembut dan sangat juicy.
No comments:
Post a Comment