Pantai Klebang adalah diantara Pantai yang terkenal di Negeri Melaka, terletak lebih kurang 3 - 4 KM dari Bandar Melaka, menjadi pusat tumpuan rekreasi bagi pelawat-pelawat ke negeri ini.
Jom saya kongsi serba sedikit aktiviti yang kami lakukan disini.
Pantai Klebang ini sentiasa penuh dengan pelawat-pelawat yang datang untuk beriadah dan berkhemah (Camping) sambil merasai kenyamanan tiupan angin yang datang dari laut.
Apa yang lebih memeranjatkan, pantai ini sangat bersih dan tiada sampah sarap yang didapati disepanjang pantai ini. Ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan pusat telah berjaya mengekalkan keharmonian pantai ini.
Selain daripada itu, terdapat juga bas-bas lama yang telah ditransformasikan menjadi tandas awam, menjadi salah satu keunikkan di Pantai Klebang ini.
~ Pantai Klebang Melaka Review - Aktiviti Riadah ~
Antara aktiviti riadah yang famous di Pantai Klebang ini adalah bermain buih. Terdapat gerai-gerai kecil yang menyewakan peralatan-peralatan ini, dari harga RM 5 sehingga RM 25.
Untuk buihnya pula, anda akan dibekalkan dengan sebaldi buih (lebih kurang satu per empat dari kuantiti baldi itu). Perbezaan harga adalah bergantung kepada jenis peralatan yang digunakan.
~ Pantai Klebang Melaka Review - Coconut Shake ~
Selalunya kita mendengar berita mengenai Coconut Shake Klebang di Blog-blog dan Facebook, maka kami pon mengambil peluang ini untuk merasai kesedapan Coconut Shake yang terletak di Pantai Klebang.
Seperti yang diwar-warkan, Coconut Shake di sini berlemak dan agak sedap. Disamping Coconut Shake Original, kedai Coconut Shake disini juga menyediakan Coconut Shake berperisa Oreo dan Milo.
~ Pantai Klebang Melaka Review - Otak-Otak ~
Terdapat juga kedai yang menjual otak-otak kegemaran kami semua. Apabila kami membuat pesanan, baru tuan kedai memanaskan semula otak-otak yang telah masak, dimana kami dapat membeli otak-otak yang panas.
Rasanya pula sedap, akan tetapi ianya agak lembut dah tidak begitu pejal.
~ Pantai Klebang Melaka Review - Kesimpulan ~
Pantai Klebang adalah salah satu tempat yang anda semua boleh pergi. Makanannya tidak terlalu mahal dan terdapat pelbagai jenis gerai yang disediakan disini.
Selain dari gerai-gerai makanan, infrastruktur yang lain juga disediakan demi memastikan pelawat-pelawat yang datang ke Pantai Klebang ini berada didalam keadaan yaang selesa.
Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyee~~
No comments:
Post a Comment