Wednesday, 21 June 2017

Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review

Saya tidak pernah tahu bahawa ada terdapat hotel boutique di kawasan Kuantan, lebih-lebih lagi berjarak lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Kuantan sehingga office saya menempah hotel ini untuk saya duduki ketika outstation.

 

Meskipun namanya tidak semenggah hotel yang bertaraf 4 ataupun 5 bintang, tetapi hotel ini menyediakan suasana yang sangat kondusif dan menarik.

Jom saya share suasana hotel ini serta kawasan-kawasan yang menarik didalam hotel ini.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Reception Hall ~

 

Kawasan Reception ini agak ekslusif dimana dinding dibelakang kaunter reception ini terdiri daripada batu marmar. Pada waktu malam, sekiranya anda ingin check-in di sini, anda perlu bunyikan loceng yang terletak di kaunter ini untuk memanggil staff yang bertugas.

Maklumlah, banyak perkara yang buruk boleh terjadi di waktu malam.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Walkway Hotel Room ~

 

Sekiranya anda keluar sahaja dari lift (dikawasan diantara bilik-bilik), terdapat taman-taman hiasan kecil yang diletakkan demi memberikan suasana yang menarik.

Tetapi sejujurnya pada pendapat saya, keadaan sebegini akan menggangu privasi penghuni hotel yang menginap di bilik tengah kerana pelawat yang melalui kawasan ini dapat melihat dalaman bilik (sekiranya langsir tingkap dibuka).


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Bilik Hotel ~

 

Bilik hotel yang disediakan ini agak simple dan juga agak sempit, tetapi bagi saya, bilik ini sudah cukup memadai bagi sesiapa yang kerja outstation kerana harganya yang berbaloi, namun terdapat satu kekurangan untuk bilik ini.

 

Lokasi tempat untuk membuat kerja yang agak sempit. Apabila saya meletakkan laptop di atas rak ini, terdapat lebihan laptop yang terkeluar dari rak ini.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Restroom ~

 

Bilik mandi atau restroom yang disediakan oleh pihak hotel juga agak sempit dan sesuai untuk penghuni yang menghabiskan masa diluar dan hanya masuk kedalam bilik untuk tidur dan mandi sahaja.

Tiada peralatan-peralatan yang canggih seperti bathtub, sauna ataupun jakuzi.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Swimming Pool ~

 

Tiada sesiapa pon yang menetap disini dan datang ke swimming pool. Meskipon swimming pool yang disediakan tidak terlalu besar, tetapi melihat kepada keadaan swimming pool ini, aktiviti penyelengaraan juga jarang dilaksanakan.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Bilik Gym ~

 

Bilik Gym pula ditutup dan dibiarkan kosong. Menurut kepada staff yang bekerja disini, banyak peralatan-peralatan yang sudah rosak dan kos penyelenggaraan yang tinggi menyebabkan pihak pengurusan untuk menutup bilik gym ini.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Breakfast Area ~

 

Setiap penghuni yang menetap disini akan diberikan kupon untuk breakfast oleh pihak pengurusan. Makanan disini agak sama dengan masakan hotel-hotel bertaraf 4 ataupon 5 bintang, tetapi variasinya dan rasanya kurang jika dibandingkan dengan hotel-hotel bertaraf 4 atau 5 bintang.


~ Sri Manja Boutique Hotel Kuantan Review - Kesimpulan ~

Hotel-hotel sebegini amat sesuai untuk sesiapa yang banyak menghabiskan masa diluar berbanding duduk didalam bilik sahaja. Terdapat juga beberapa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, tetapi semuanya bergantung kepada pihak pengurusan hotel.

Sampai disini sahaja dari saya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~

No comments:

Post a Comment