Thursday, 22 June 2017

Park Avenue Court Apartment Melaka Review

Agak susah ingin mencari Apartment ini kerana kami sentiasa sampai di kawasan construction pada kali pertama datang melalui WAZE. Memang WAZE mengalami masalah apabila kami mencari Apartment ini.

 

Akhir sekali, kami terpaksa menelifon pemilik Park Avenue Court Apartment ini untuk mendapatkan lokasinya. Memang nampak special apabila kami sampai disini kerana dikelilingi oleh Apartment dan Pangsapuri yang agak uzur.

Disebabkan kaami book tempat ini melalui Booking.com, jom saya kongsi pengalaman kami menetap disini, ala-ala Family Retreat giteww~

~ Park Avenue Court Apartment Melaka Review - Main Hall ~

 

Ruangan utama apartment yang disediakan sangat bersih dan tersusun rapi. Yang paling penting sekali, tiada bau-bau yang kurang menyelerakan apabila kami masuk ke dalam apartment ini.

Selain dari itu, pemilik apartment ini juga menyediakan Astro GO, meskipon tidak banyak siaran yang dilanggannya. Sudah cukup untuk menenteramkan anak-anak kecil yang ikut sama.


~ Park Avenue Court Apartment Melaka Review - Master Bedroom ~

 

Apartment ini menyediakan 3 bilik ataupun ruangan tidur, dimana salah satu daripadanya adalah Bilik Tidur Utama (Master Bedroom). Meskipun tidak beberapa luas, tetapi bilik tidur ini dapat manampung lagi dua tilam additional di atas lantai.

Master Bedroom ini terdiri daripada sebuah TV, sebuah katil Queen, sebuah aircond dan juga mempunyai bilik airnya yang tersendiri.


~ Park Avenue Court Apartment Melaka Review - Standard Room ~

 

Ini pula adalah Standard Room yang ada di Apartment ini, yang terdiri daripada dua katil single. Sekiranya dirapatkan, terdapat ruangan lebihan untuk diletakkan tilam single di atas lantai.

Berbeza dengan bilik Master Bedroom, bilik ini hanya mempunyai TV dan air-cond sahaja.


~ Park Avenue Court Apartment Melaka Review - Kitchen ~

 

Sudah namapun Apartment, sudah semestinya ada dapur bagi sesiapa yang gemar untuk memasak. Memang cukup segala peralatan yang disediakan oleh tuan rumah; Microwave, Water Heater, Peti Ais dan jangan dilupakan Ironing Board.

Inilah menjadi port kami ketika bersarapan pagi; buat air panas dan cicah dengan biskut kering.


~ Park Avenue Court Apartment Melaka Review - Kesimpulan ~

 

Secara kesimpulannya, kami memang berpuas hati ketika menginap di Apartment ini yang terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Tempat letak kenderaan juga disediakan didalam kawasan apartment sebanyak 1 tapak sahaja.

Berbuat baik lah dengan Guard yang menjaga kawasan ini, manalah tahu yang dia akan memberi parking percuma lagi satu seperti saya~

Sampai disini sahaja untuk kali ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyyeee~

No comments:

Post a Comment