Kebiasaannya kita selalu mendengar Putu Buluh, Putu Piring dan sebagainya tetapi bagi yang menetap di kawasan Bandaraya ini, Putu Warisan ini sangat jauh berbeza berbanding Putu yang kita semua kenal.
Gerai Putu Perak Warisan ini terletak di jalan penghubung diantara Meru dan juga Kapar.
Disebabkan lain daripada yang lain, maka saya pon mengambil kesempatan ini untuk membuat review. Jom sama-sama kita terokai keunikan Putu Warisan ini.
Kena dengan temanya "Sedap Giler Chor", memang terbukti kesedapannya yang memang mengiurkan.
Sekiranya tepung Putu Piring dan Putu Buluh lebih kepada kelembutan, maka tepung Putu Warisan ini lebih kepada kekenyalan.
Selain daripada itu, isinya digaul sama dengan kelapa parut. Disini, anda boleh memilih samada inginkan isi Gula Kabung ataupun Gula Biasa. Ada yang menyukakan Gula Biasa, tetapi saya tetap memilih Gula Kabung.
~ Putu Perak Warisan Meru Review - Kacang Kuda Kari ~
Biasanya direbus dan digaul dengan garam, tetapi gerai ini menyediakan dan menjual kacang rebus yang telah digaul dengan kari. Memang jarang dijumpai kacang kuda jenis ini, dan rasanya juga agak sedap.
Setiap kacang kuda ini disaluti dengan kuah kari dan terasa kari tersebut meresap masuk kedalam kacang kuda ini. Kebarangkalian cara memasak kacang ini adalah dengan merebus terlebih dahulu kemudian digaul dan dibiarkan kacang tersebut didalam kari.
~ Putu Perak Warisan Meru Review - Kesimpulan ~
Memang tidak rugi sekiranya anda singgah dan membeli Putu Warisan ini kerana setiap kali kami pulang ke kampung, kami pasti akan singgah di sini.
Gerai ini buka setiap hari selain hari Jumaat (tutup), maka kepada sesiapa yang mencari gerai ini di hari Jumaat, memang tidak akan jumpa.
Jumpa lagi di post yang lain. Bubbyee~~
No comments:
Post a Comment