Wednesday 5 July 2017

Thai Tea Sedap di Kiosk Cha Tra Mue

Kepada penggemar Thai Tea, anda sudah semestinya inginkan rasa Thai Tea yang sedap. Setelah sekian lama kami mencari Thai Tea di segenap penjuru Malaysia ini, akhirnya kami tertarik untuk mencuba Thai Tea di Kiosk Minuman Cha Tra Mue.

 

Pada asalnya, kami mencuba sahaja tetapi siapa sangka yang Thai Tea yang disediakan di Kiosk ini jauh lebih sedap berbanding dengan kiosk minuman Thai Tea yang lain.

Apabila kami mulai minum Thai Tea di sini, kami dapat merasakan rasa yang sama seperti Thai Tea yang kami minum di Krabi. Memang sama, tiada yang lebih dan tiada yang kurang.

 

Terdapat lebih kurang 23 jenis minuman Thai yang disediakan pada Kiosk Cha Tra Mue yang berharga dari RM 3.50 sehingga RM 8.90 segelas. Untuk Thai Tea, harganya adalah serendah RM 3.50 dan pasti mengiurkan anda.

 

Meskipon harganya RM 3.50, tetapi jumlah ataupun bekas air yang disediakan adalah besar (lebih kurang saiz L). Air Thai Tea yang dibuatnya agak pekat dan ais yang diletakkan didalam bekas adalah sangat banyak.

Untuk merasai kelazatan air Thai Tea disini, anda kena tunggu lebih kurang 5 minit sebelum menjamu minuman ini.

Secara kesimpulannya, minuman Thai Tea di Cha Tra Mue ini adalah minuman yang tersedap berbanding dengan air Thai Tea yang lain.

Sampai disini sahaja, jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~~

No comments:

Post a Comment