Wednesday 26 July 2017

Me' Nate Bangi Review

Selalu menjadi perbualan mulut orang mengatakan bahawa makanan steak di Me' Nate Bangi ini sangat mahal sehingga boleh mencecah ribuan ringgit yang menjadi viral di Media Sosial (Facebook).

 

Untuk memastikan kesahihan berita yang dikhabar-khabarkan di dalam Media Sosial tersebut, kami telah mengorak langkah bersama-sama dengan bala tentera untuk menyerbu Restoran Me' Nate ini.

Dan apa yang memeranjatkan kami ketika makan steak di sini adalah harga yang ditawarkan oleh pihak restoran.

~ Me' Nate Bangi Review - Menu Daging dan Harga ~

 

Menu yang dihidangkan di restoran Me' Nate Bangi ini hanyalah ketulan-ketulan daging mentah yang diletakkan di dalam peti ais seperti di atas.

Harga untuk setiap daging juga berbeza, bergantung kepada jenis daging samaada Wagyu, Grain, Angus dan lain-lain. 

Ianya hanyalah pemakanan atau diet yang diberikan kepada lembu-lembu dimana ianya juga menjadi faktor utama kelembutan daging tersebut.


 

Harga daging yang disediakan adalah bergantung kepada berat jenis-jenis daging tersebut. Lebih berat maka lebih mahal harga daging tersebut.

Setelah anda memilih daging mentah, Restoran Me' Nate Bangi ini akan memanggang daging itu dengan pilihan anda sendiri; Rare, Medium Rare, Medium, Done atau Well Done.

Tetapi adakah hidangan daging ini dihidangkan begitu sahaja tanpa sebarang sayur-sayuran?


~ Me' Nate Bangi Review - Angus Striploin ~

 

Sayur-sayuran sebenarnya dihidangkan sekali diatas pinggan untuk setiap daging yang anda pilih. Set Daging ini biasanya dihidangkan dengan Sayur Campur yang dipanggang, Salad, Mash Potato dan juga Coleslaw.

Bagi sos pula, anda boleh membuat pilihan samaada inginkan sos cendawan, sos lada hitam, sos cili ataupon kesemuanya sekali.

Daging Angus Striploin ini rasanya lebih lembut sekiranya dibandingkan dengan daging lembu biasa. Dengan masakan Medium, hanya 20% dalaman daging Angus Striploin ini berwarna merah jambu manakala bahagian lain berwarna brownish.


~ Me' Nate Bangi Review - Lamb Leg Steak Cut ~


 

Selain daripada daging lembu, Restoran Me' Nate ini juga menyediakan daging kambing, yang juga harganya mengikut saiz yang diambil.

Seperti daging lembu, anda boleh memilih jenis masakan untuk hidangan anda ini; Rare, Medium Rare, Medium, Done atau Well Done.

Daging kambing yang kami pilih, Medium, juga sangat lembut dan penuh dengan jus daging ketika memotong daging tersebut. Dihidangkan sekali dengan hidangan side-dish yang sama seperti hidangan steak lembu.


~ Me' Nate Bangi Review - Braised Lamb Rack ~


 

Untuk hidangan Braised Lamb Rack, anda tidak boleh memilih jenis masakan dan juga jenis sos yang  akan dihidangkan dengan hidangan ini.
Anda akan dihidangkan bersama dengan daging Braised Lamb Rack yang dimasak dan dipanggang dengan sos barbecue. Walaupun ianya dipanggang sehingga "Well Done", tetapi isi dalaman daging ini masih lagi lembut.

Hidangan ini sedap dimakan begitu sahaja dengan kehadiran sos barbecue ataupun sedap dimakan dengan sos cili.


~ Me' Nate Bangi Review - Beef Bolognese ~

 

Beef Bolognese ini pula merupakan salah satu daripada hidangan ala-carte yang disediakan oleh Restoran Me' Nate ini.

Rasanya yang kaya dan kandungan isi dagingnya yang banyak menyebabkan penggemar spaghetti pasti akan berasa puas jika memesanan makanan seperti ini.

Terdapat pelbagai hidangan ala-carte yang disediakan di Restoran Me' Nate ini, maka sekiranya anda inginkan kelainan, anda boleh memesan makanan ala-carte disini.


~ Me' Nate Bangi Review - Sausage with Fries ~


 

Hidangan Sausage with Fries ini merupakan salah satu hidangan untuk anak-anak kecil.

Sausage with fries ini didatangi dengan sos cili dan juga mayonis, yang diletakkan sekali untuk kanak-kanak yang inginkan hidangan ala-ala Englishman.


~ Me' Nate Bangi Review - Mashed Potato ~


 

Hidangan Mashed Potato ini juga merupakan hidangan ala-carte yang disediakan oleh Restoran Me' Nate.

Hidangan ini sangat sesuai kepada penggemar Mashed Potato, dan juga amat sesuai untuk diberikan kepada bayi-bayi kecil kerana strukturnya yang halus memudahkan bayi untuk memakan dan menelan hidangan ini.


~ Me' Nate Bangi Review - Kesimpulan ~


 

Secara kesimpulannya, setiap hidangan dan makanan yang disediakan disini semuanya sedap dan lazat.

Untuk harganya pula, tidak semahal apa yang diwar-warkan didalam Media Sosial dimana untuk hidangan seramai 7 orang hanya memakan belanja kurang dari RM 400. Murah bukan?

Sekiranya diberi peluang untuk membandingkan tahap kesedapan steak dan juga hidangan ala-carte yang lain, ianya lebih sedap jika dibandingkan dengan Laman Grill.

Sampai disini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeeee~~

No comments:

Post a Comment