Friday, 14 July 2017

Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan

Program Ekspresi Negaraku yang julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2017 ini merupakan program kerajaan Malaysia didalam menyematkan semangat dan cintakan negara kepada warganegara Malaysia.

 

Bermula di Putrajaya yang dilancarkan oleh Y.A.B Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, siri Ekspresi Negaraku di Kelantan ini merupakan salah satu siri susulan daripada siri Ekspresi Negaraku di Malaysia.

Program disini telah selamat dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, 13 Mei 2017 di Padang SMK Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan.

Jom kita lihat suasana dan aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung tapak padang SMK Sungai Petai, Pasir Puteh.


~ Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Booth MAI ~

 

Secara julung kalinya, Malaysia Automotive Institute atau lebih dikenali sebagai MAI, sebuah agensi dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyertai program yang gemilang ini.

 

Terdapat pelbagai inisiatif-inisiatif menarik yang dilaksanakan di dalam khemah MAI seperti menyediakan Peluang Pekerjaan, Peluang Perniagaan, Peluang Perkasaan Perniagaan dan Peluang Peningkatan Kerjaya.

 

Selain daripada peluang-peluang menarik yang disediakan oleh pihak MAI, MAI juga menyediakan tapak demonstrasi pemeriksaan kenderaan lebih-lebih lagi didalam aspek keselamatan yang ada didalam setiap kenderaan.

 

Booth MAI juga sempat dilawati oleh Y.A.B Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, diiringi oleh Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Turut hadir untuk menjayakan program di booth MAI ini adalah YBhg Datuk M Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MAI yang juga turut memberikan penerangan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika beliau melawat booth MAI. 


~ Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Ruangan Makan ~

 

Sebelum saya berkongsi aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di khemah-khemah dan both-booth yang lain, saya ingin berkongsi dahulu suasana perkarangan Ruangan Makan yang disediakan oleh pihak penganjur.

Kawasan yang disediakan adalah sangat besar dan luas, sesuai untuk para pengunjung yang berpusu-pusu menghadirkaan diri ke Ekspresi Negaraku Kelantan ini.


~ Aktiviti di Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Pemeriksaan Kesihatan ~

 

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan sebuah khemah khususnya untuk memberi pemeriksaan yang percuma kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di Padang SMK Sungai Petai ini.


~ Aktiviti di Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Aktiviti untuk Kanak-Kanak ~

 

Aktiviti pertama yang disediakan untuk kanak-kanak adalah pertandingan mewarna yang berlangsung di bawah khemah Kebanggaan dan Kecintaan.

 

Aktiviti yang kedua pula adalah Chicken Dance, yang dikendalikan dibawah khemah Bank Rakyat. 

Dengan bermaskotkan Burung Nuri, aktiviti seperti ini dapat menarik kanak-kanak untuk bergembira disamping ibu bapanya dapat berbincang dengan pihak bank.

 

Aktiviti yang seterusnya adalah Roda Impian, tetapi untuk permainan ini, semuanya adalah pemenang. Kanak-kanak yang bermain permainan ini akan mendapat pelbagai jenis produk tenusu daripada booth ini.

Terdapat banyak lagi aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk kanak-kanak disini yang saya terlepas disini, yang saya tidak dapat berkongsi dengan anda semua.


~ Aktiviti di Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Keunikan Kelantan ~

Selain daripada aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak, Ekspresi Negaraku di Pasir Puteh Kelantan ini juga turut mempamerkan keunikkan negeri Kelantan itu sendiri.

 

Sebagai contoh, terdapat booth yang mempamerkan cara pembuatan Wau Bulan yang sangat terkenal di negeri Kelantan ini. 

Anda yang menghadirkan diri di khemah ini pasti berpeluang untuk menyaksikan pelbagai jenis bentuk Wau Bulan dan juga bagaimana ianya dihasilkan.

 

Terdapat juga pameran batik yang dibuat khas sewaktu upacara berlangsung dimana anda boleh menyaksikan dengan sendiri bagaimana batik ini dihasilkan.

Walaupon nampak seperti senang dan mudah, tetapi bukan senang untuk menghasilkan batik-batik seperti ini.


~ Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Pertunjukkan Khas ~

Sekiranya kita seringkali melihat pertunjukkan yang biasa kita lihat, di Ekspresi Negaraku Kelantan ini memperlihatkan Pertunjukkan Khas yang anda tidak dapat lihat di tempat-tempat lain.

 

Pertunjukan ular ini berlangsung di waktu petang di booth 1M4U, dikendalikan oleh Pasukan Cobra Hunter yang merupakan satu-satunya Pasukan Ular yang bertaraf Bumiputera di Malaysia.

 

Terdapat banyak aksi-aksi dan lagak ngeri yang mereka laksanakan, disamping memberikan banyak ilmu pengetahuan kepada para pengunjung yang menyaksikan pertunjukkan mereka.

 

Selain daripada pertunjukkan ular, Jabatan Perhilitan Malaysia juga turut memperagakan pakaian ekslusif yang juga merupakan pakaian khas pihak perhilitan untuk menjalani operasi-operasi di perhutanan Malaysia.


~ Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Arca-Arca Menarik ~

Setiap event akan ada arca-arca yang manarik, menjadi tumpuan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir di Ekspresi Negaraku Kelantan ini.

 

Arca yang pertama adalah Hand Waver MAI, yang terletak dihadapan booth MAI sendiri. Ini adalah salah satu daya tarikan yang membuat ramai pelajar-pelajar yang hadir untuk bergambar disini. 

 

Ini pula adalah Arca yang kedua, diletakkan dihadapan booth 1M4U. Sungguh unik dengan gabungan warna pada arca tersebut.

 

Arca yang seterusnya adalah dari KPKT, diletakkan dikawasan hadapan booth KPKT itu sendiri.

 

Model-model haiwan ini pula dibawa oleh Jabatan Perhilitan Malaysia untuk dipamerkan kepada pengunjung tentang haiwan-haiwan liar dan juga haiwan-haiwan yang dilindungi oleh mereka.


~ Ekspresi Negaraku 2017 Kelantan - Kesimpulan ~

Terdapat banyak rakyat-rakyat jelata yang masih lagi mengetahui fungsi-fungsi badan-badan kerajaan yang menjaga, melindungi dan memacu negara Malaysia ini kearah negara yang bertaraf tinggi.

Sekiranya anda ingin tahu fungsi-fungsi dan peranan setiap badan-badan kerajaan tersebut, event seperti ini sangat sesuai dengan anda.

Terdapat banyak lagi siri Ekspresi Negaraku ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia, maka jangan lepaskan peluang anda!

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyee~~

No comments:

Post a Comment