Thursday, 6 June 2019

Black Canyon Alamanda 2019 Review

Kali terakhir kami menikmati hidangan di Restoran Black Canyon adalah pada tahun 2017, dan pada tahun ini (2019), kami sekali lagi ke Restoran Black Canyon yang terletak di Alamanda untuk menjamu selera.

 

Meskipun kali terakhir kami menikmati hidangan disini pada tahun 2017, namun rasa hidangan yang kami rasai memang sama dengan yang kami makan pada tahun 2017 kerana walaupun pertukaran staff atau chef, standardnya sudah diselaraskan pada semua cawangan.



~ Black Canyon Alamanda 2019 Review - The Menus ~

 

Merujuk kepada menu yang disediakan, saya dapati terdapat peningkatan dari segi harga yang dikenakan kepada para pelanggan, jika dibandingkan dengan harga pada tahun 2017. Menu pilihan kami, selain daripada pada tahun 2017 (boleh baca post ini), pada kali ini adalah seperti dibawah.


 
 
No 27. Spicy Stir-Fried Pasta with Seafood and Hot Basil, RM 14.42 satu hidangan~

Hidangan ini dipilih oleh si isteri sebagai menu utama beliau, dimana Spicy Stir-Fried Pasta ini dimasak sekali bersama-sama dengan beberapa makanan laut (seperti udang dan sotong), kepingan ayam, dan yang paling utama adalah daun basil yang telah digoreng rangup.

Rasanya tidak begitu pekat, namun dengan menikmati hidangan ini sekali dengan daun basil, rasanya menjadi agak special.


 
No 91. Combination of Stir-Fried Prawn and Chicken, with Chilli Gravy served with Rice, RM 13.39 satu hidangan~

Masakan bercili yang ada pada menu bernombor 91 ini tidak sepedas yang disangkakan (bagi mereka yang tahan akan kepedasan), namun agak pedas bagi kanak-kanak kecil yang tidak tahan pedas. 

Bagi kuantiti udang dan juga ketulan ayam, boleh dikatakan kuantiti ayam adalah lebih besar jika dibandingkan dengan udang (maklumlah, udang pun dah sebesaar 2 kepingan ayam).

 
Tom Yum Soup, percuma dengan hidangan set~

Tom Yum ini diberikan secara percuma dengan setiap hidangan set yang ditawarkan disini. Kandungannya tidaklah banyak dan bahagiannya juga agak kecil untuk dimakan beramai-ramai, lebih sesuai untuk dikongsi berdua sahaja.


 
 
No 203. Sago & Longan, RM 4.62 satu hidangan~

Sago & Longan ini dihidangan ala-ala Cendol, namun ianya digantikan dengan biji sago dan buah longan. Rasanya agak manis, dengan kehadiran santan yang diletakkan didalam kandungan manisan ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment