Berada di Melaka diatas urusan menziarahi saudara mara disini, kami telah diberitahu oleh saudara kami untuk merasai hidangan Boba Milk Tea dan juga Kebab yang dijual di Pantai Klebang.
Lokasi yang diberitahu oleh kami adalah sebuah kedai yang terletak di jalan utama Pantai Klebang, yang diberi nama Mamam Cafe.
Brown Sugar Milk Tea yang disediakan disini menjadi tumpuan ramai penduduk tempatan dan juga para pelancong dari negeri jiran (saya salah seorang daripadanya, akan menyinggah disini untuk membeli beberapa produk makanan).
Brown Sugar Milk Tea, RM 6.00 satu hidangan~
Inilah rupa bentuk Brown Sugar Milk Tea yang disediakan di Mamam Cafe, yang rasanya memang manis dan boleh menyebabkan kegemokkan akibat manis yang berlebihan. Tetapi, minum sekali sekala boleh la kan?
~ Mamam Cafe - Brown Sugar Milk Tea Klebang Review - The Roti John Daging Melimpah ~
Daging ayam dan Daging Lembu sebagai isi Roti John~
Produk yang kedua adalah Roti John Daging Melimpah, yang juga menjadi hidangan yang wajib kami beli ketika menyinggah di Melaka, walaupun lokasi terakhir adalah UiTM Lendu.
Roti John Daging Melimpah, RM 6.00 satu hidangan~
Roti John Daging Melimpah ini memang kena dengan namanya, dimana daging yang disediakan memang banyak sehingga melimpah-limpah. Tambahan pula, setiap daging yang disediakan terasa kepekatan rempah yang digunakan.
Samada pilihan adalah daging ayam ataupun daging lembu, harganya tetap sama. Yang penting, Roti John Daging Melimpah ini memang sedap!
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment