Thursday, 20 June 2019

Jahhet Fine Meat Steakhouse Bangi Review

Terletak di bahagian belakang Bangi Gateway, terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan western yang diberi nama Jahhet Fine Meat Steakhouse.

 

Namanya yang agak unik ini sebenarnya mempunyai satu sejarah yang ramai tidak mengetahuinya, namun pada kali ini, saya akan membongkarkan rahsia tersebut kepada anda semua.


~ Jahhet Fine Meat Steakhouse Bangi Review - The History ~


 

Di dalam kejayaan seseorang usahawan, terdapat kisah silam yang pahit yang dilaluinya, menjadikan ia satu pengalaman yang berharga baginya untuk terus maju kehadapan.

Nama Jahhet ini sendiri terdiri daripada pelbagai maksud, terlibat secara langsung dan tidak langsung perjalanan kehidupan usahawan ini yang membantunya untuk berjaya.

Anda boleh membaca kisahnya di dalam gambar di bawah.

 


~ Jahhet Fine Meat Steakhouse Bangi Review - The Meat Selection ~

 

Di Jahhet Fine Meat ini menyediakan pelbagai variasi daging yang di import daripada luar negara, dengan harga yang berpatutan. Antara daging yang ditawarkan termasuk daging lembu, daging kambing dan juga ikan salmon.

 
 
 
Pilihan daging yang ditawarkan di Jahhet Fine Meat~


Memang banyak pilihan daging yang ditawarkan disini, dan daging yang saya pilih adalah...

 
Angus Ribeye, RM 79.60~

Yes, inilah menu saya pada kali ini, iaitu Angus Ribeye yang dipesan untuk dihidangkan secara Medium dengan isi dalamannya yang ke-merah jambu-an.


~ Jahhet Fine Meat Steakhouse Bangi Review - The Selection ~

 

Setelah pesanan dibuat, maka apa yang kami perlu lakukan adalah menunggu hidangan untuk tiba di meja. Namun, bagi minuman, ianya adalah berkonsepkan free-flow dan boleh minum sebanyak mana yang termampu oleh perut.

 
Lokasi untuk mengambil air free-flow~


Seterusnya adalah hidangan yang telah kami pilih, menjadi menu makan tengah hari kami pada kali ini.

 
 
 
Hidangan Angus Ribeye yang didatangi dengan 2 hidangan sampingan dan sos lada hitamnya~

 
Hidangan Grain Ribeye yang menjadi pilihan si isteri pada kali ini, beserta dengan sayuran segar dan coleslaw~


Dan menu yang kami pilih untuk dijadikan hidangan bagi kanak-kanak kecil adalah Spaghetti Carbonara (saiz kanak-kanak)~

 
 
Kids Spaghetti Carbonara yang menjadi pilihan sikecil, namun rasanya sungguh pekat dapat membuatkan mereka makan tanpa henti~


Dan rahsia kebahagiaan kami menikmati hidangan disini, adalah kasih sayang seorang ibu menyuap makanan kepada anak-anak (Cheewahh)~

 
 


Kesimpulannya, apabila menikmati hidangan di Jahhet Fine Meat Steakhouse yang terletak di Bangi ini, jika dibandingkan dengan Restoran Me' Nate, rasanya sama sahaja dan sangat lazat.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment