Monday, 3 June 2019

CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - Part 2

Masuk pada bahagian yang kedua pula, setelah berkongsi berkenaan dengan kemudahan dan juga studio kucing yang agak menarik di Bahagian 1, maka sudah semestinya masa untuk menikmati hidangan yang disediakan di sini.

 

Bahagian kedua ini bertumpukan dengan jenis-jenis makanan yang disediakan di CatSignature Cafe & Studio ini, rata-rata lebih kepada makanan Thai (ada juga masakan sampingan yang ringan-ringan) yang dimasak dihadapan Cafe ini.


~ CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - The Menus ~

 

Di CatSignature Cafe & Studio, terdapat lebih kurang 50 jenis hidangan yang ditawarkan kepada para pelanggan yang datang samada untuk ke Studio Kucing mahupun untuk makan sahaja. Terdapat juga set makanan yang disediakan kepada para pelanggan seperti berikut.

 

| 1 Pax (RM 15.00) - Nasi Putih (1), Telur Tarik, Tom Yum Ayam, Sirap Ais (1) | 

| 2 Pax (RM 30.00) - Nasi Putih (2), Telur Dadar, Kangkung / Kailan Goreng, Tom Yum Ayam, Ayam Goreng Kunyit, Sirap Ais (2) | 

| 3 Pax (RM 38.00) - Nasi Putih (3), Telur Tarik, Kangkung / Kailan Goreng, Tom Yum Ayam, Ayam Goreng Kunyit, Sirap Ais (3) | 

| 5 Pax (RM 70.00) - Nasi Putih (5), Siakap Stim / 3 Rasa, Telur Dadar, Kangkung / Kailan Goreng, Tom Yum Ayam, Ayam Goreng Kunyit, Sirap Ais (5) | 

| 10 Pax (RM 165.00) - Nasi Putih (10), Siakap Stim , Siakap 3 Rasa, Telur Dadar (2), Kangkung / Kailan Goreng, Tom Yum Ayam, Daging Bakar Thai, Kerabu Mangga, Ayam Goreng Kunyit, Sirap Ais (10) | 


Disebabkan kami berempat, maka kami telah memilih untuk mengambil set makanan untuk 2 orang dan memesan nasi putih secara Ala-Carte sahaja untuk si kecil.

Berikut adalah gambar menu yang telah kami pilih, berdasarkan kepada set hidangan 2 orang.

 
Kangkung Goreng~

 
Ayam Goreng Kunyit~

 
Telur Dadar~

 
Tom Yum Ayam~


Hidangan Tom Yum yang disediakan disini memang sangat pekat, boleh menyebabkan tersedak pada hirupan yang pertama. Oleh sebab ianya pekat, maka ianya juga agak pedas dan tidak sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak kecil yang tidak tahan pedas.

 

Tambahan pula, Lokcing juga boleh didapati di sini~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment