Berada di Bandar Kuantan pada hari yang kedua membawa saya untuk menerokai lagi kawasan-kawasan di sekitar Tanjung Lumpur demi mencari hidangan penduduk tempatan yang hanya boleh didapati di Kuantan, dimana ianya membawa kami ke Warong Poksu dan Moksu.
Memang ramai pengunjung yang datang ke Warong Poksu dan Moksu untuk menjamu selera samada di dalam warung mahupun membawanya pulang ke rumah.
Apakah hidangan yang disediakan disini, menyebabkan Warong ini menjadi pusat tumpuan para pelanggan?
Rata-rata hidangan yang disediakan di Warong Poksu dan Moksu ini adalah berunsurkan hidangan santapan petang seperti Keropok Lekor, Karipap, Cucur dan hidangan berunsurkan celup tepung seperti Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung dan macam-macam lagi.
Hidangan berunsurkan Celup Tepung~
Selain daripada hidangan diatas, di Warong Poksu dan Moksu ini, terdapat juga hidangan ala-ala masakan tempatan yang boleh dirasa seperti kuih-muih tradisional, Bubur Kacang, Laksam, Nasi Dagang, dan lain-lain lagi.
Pelbagai aneka kuih-muih untuk dirasai~
Set nasi dagang~
Disebabkan ingin merasai kelainan di waktu petang, maka kami merasai makanan yang disediakan disini (hidangan keropok lekor, celup tepung dan juga nasi dagang). Nasi dagang di Warong Poksu dan Moksu ini mempunyai pelbagai jenis lauk seperti ikan tongkol dan ayam masak merah.
Hidangan petang berunsurkan goreng-goreng dan celup tepung~
| Keropok lekor 4 keping = RM 1 | Goreng Pisang 4 keping = RM 1 | Udang Goreng Tepung (1 cucuk = 6 - 7 ekor) = RM 7 - RM 8 |
Nasi Dagang berlaukkan Ayam Masak Merah~
Nasi Dagang berlaukkan Kari Ikan Tongkol~
Secara kesimpulannya, hidangan yang disediakan disini mempunyai banyak variasi, amat sesuai dengan selera tempatan dan citarasa penduduk Pantai Timur.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment