Lokasi seterusnya yang menjadi tempat persinggahan kami untuk menikmati hidangan makan tengah hari di Kuantan adalah sebuah kedai makan yang diberi nama Nasi Kerabu Kemira, terletak di Tanjung Lumpur juga.
Nasi Kerabu yang merupakan makanan istimewa bagi penduduk di pantai timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang) ini terletak berhampiran dengan KPMC Kuantan, bersebelahan dengan stesen pam Petronas Tanjung Lumpur.
Di Nasi Kerabu Kemira ini menyediakan pelbagai jenis hidangan masakan pantai timur yang menjadi pusat tumpuan para pelanggan dan pelancong yang datang di Kuantan untuk merasai masakan tradisional dan makanan tempatan.
Diantara menu hidangan yang disediakan disini adalah seperti senarai dibawah;
| Nasi Kerabu (RM 3.00) | Nasi Kerabu Berlauk (RM 3.80 - RM 8.00) |
| Nasi Minyak Ayam / Daging (RM 4.50) | Nasi Berlauk (RM 3.50 - RM 4.00) |
| Nasi Lemak (RM 2.00) | Nasi Lemak Berlauk (RM 3.00 - RM 5.50) | Nasi Dagang Ikan (RM 4.00) | Nasi Dagang Ikan & Ayam (RM 6.50) |
| Kambing 1 Mangkuk (RM 10.00) | Laksam 1 Mangkuk (RM 2.00) | Semua Jenis Sup (RM 4.00) |
Nasi Kerabu Daging (RM 5.50 satu hidangan)~
Nasi Kerabu yang disediakan di Nasi Kerabu Kemira ini agak berbeza sedikit berbandingkan dengan Nasi Kerabu yang biasa dimakan, lebih-lebih lagi adalah warna nasi kerabu itu sendiri.
Nasi yang digunakan untuk Nasi Kerabu disini adalah berwarna putih, dan sayuran (kerabu) yang diletakkan di dalam satu hidangan memang banyak. Dicampurkan dengan sos teristimewa orang Kelantan (sos budu), hidangan ini menjadi lebih sedap dengan rasa kemasaman sos budu tersebut.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment