Saya menerima pelawaan untuk menikmati hidangan di Rumah Makan Terlajak Laris yang terletak di Bangi Sentral oleh si isteri, dimana beliau pernah menikmati makan tengah hari bersama-sama dengan rakannya dan mengatakan hidangan yang disediakan agak sedap.
Memang agak terkejut juga saya pertama kali mendengar Dato Aliff Syukri sudah membuka kedai makan, maka saya pun terus bersetuju dengan pelawaan si isteri untuk menikmati hidangan disini.
Menu yang disediakan disini memang penuh variasi, daripada hidangan tempatan, ke hidangan indonesia, sehingga ke hidangan masakan western. Kira-kira lebih kurang 50 jenis hidangan makanan menjadi pilihan para pelanggan, dan mampu membuatkan kami pening untuk memilih hidangan mana menjadi pilihan.
Antara jenis-jenis hidangan yang disediakan adalah Set Ikan Bakar, Royale Delight, Celup Tepung, Selera Kuala, Asam Pedas Johor, Ayam & Sizzling, Char Kuey Teow, Nasi Goreng, Sawadee Thai, Bread Story, Penyet, Western Cuisine, Nasi 7 Aroma, Mee Kuah, Dim Sum, Waffle, dan akhir sekali Float & Ice Blended.
~ Rumah makan Terlajak Laris Bangi Sentral Review - Penyet ~
PT1 Ayam Penyet (RM 10.80 satu hidangan)~
Hidangan pertama yang kami pilih adalah hidangan Ayam Penyet yang berharga RM 10.80. Hidangan yang sudah semestinya kita tahu, kesedapan hidangan ini bergantung kepada sambal penyet yang disediakan serta jenis masakan ayam penyet (tepung) yang digunakan.
Bagi saya, sambal penyet yang disediakan bersama-sama dengan hidangan ini agak pedas, dan ayam penyet yang dihidangkan juga tidak begitu kering. Disertakan bersama-sama dengan hidangan ini adalah sup, tempe, tauhu dan beberapa sayuran (salad).
PT11 Nasi Putih (RM 2.00 satu hidangan)~
Bagi anak saya yang merupakan makanan asasinya nasi, maka nasi tambah yang kami pesan ini dihidangkan dengan sayuran (salad), sambal penyet dan juga seekor ikan masin kering.
~ Rumah Makan Terlajak Laris Bangi Sentral Review - Western Cuisine ~
WC6 Chicken Chop with Brown Gravy (RM13.50 satu hidangan)~
Hidangan Western Cuisine, Chicken Chop ini didatangi dengan sos black pepper yang agak cair dituang diatas kepingan ayam yang digoreng dengan tepung, memberikan rasa sedikit kepedasan kepada pemakan.
Selain daripada itu, hidangan ini juga turut dihidangkan bersama kentang penyet dan juga sayuran berbentuk salad yang terdiri daripada brokoli dan juga lobak merah.
~ Rumah Makan Terlajak Laris Bangi Sentral Review - The Additional ~
MK1 Ikan Patih Masak Asam Tempoyak (RM 17.90 satu hidangan)~
Hidangan yang agak special ini telah dipilih oleh si isteri, dimana beliau mengatakan yang beliau teringin ingin merasai hidangan ini (beliau juga agak obses dengan hidangan berasaskan Asam Tempoyak).
Ikan Patin yang disediakan disini tidak hanyir, dan rasa kuah Asam Tempoyak yang disediakan disini juga berjaya membuatkan beliau tersenyum ketika menikmati hidangan ini.
~ Rumah Makan Terlajak Laris Bangi Sentral Review - Waffles ~
WF3 Banana Explode (RM 15.00 satu hidangan)~
Hidangan Waffles yang bernama Banana Explode ini juga merupakan salah satu hidangan yang ingin dirasai oleh si isteri, dimana sebelum ini beliau pernah merasai hidangan ini bersama rakan-rakan dan ingin berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan ahli keluarga pula.
Hidangan Banana Explode ini terdiri daripada sekeping waffles yang telah dipotong menjadikan 2 lapis, peanut butter, coklat cair, hirisan pisang, dan kacang tumbuk. Rasanya memang memukau dan menjadi rebutan kami sekeluarga. Terasa tidak cukup dan ingin memesan satu lagi hidangan yang sama..
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment