Berada di Kuantan Pahang memang merupakan satu pengalaman baru bagi saya selama 3 hari 2 malam ini, dimana pada kali ini memang penuh dengan perjalanan dan persinggahan di beberapa lokasi menarik.
Lokasi pertama yang ingin saya kongsikan adalah sebuah restoran yang menyediakan hidangan berasaskan kambing sebagai menu utama, iaitu Restoran Kambing Bakar GuangZhou yang terletak di Tanjung Lumpur.
Selain daripada makanan yang berasaskan hidangan kambing, Restoran Kambing Bakar GuangZhou ini juga turut menyediakan hidangan masakan barat seperti Spaghetti dan juga Steak (berasaskan daging lembu).
Tambahan pula, disebabkan tidak ingin lari daripada perut orang Malaysia, terdapat juga masakan tempatan yang turut disediakan seperti Sotong Celup Tepung, Daging Bakar dengan Nasi, dan Talapia Thai Grill.
Seterusnya, saya kongsikan hidangan yang telah menjadi pilihan kami pada kali ini.
~ Restaurant Kambing Bakar GuangZhou Tanjung Lumpur Review - The Meats ~
DR01 - Rusa Bakar KBGZ (RM 28.00 satu hidangan)~
Antara hidangan yang agak special yang disediakan di Restoran Kambing Bakar GuangZhou ini adalah Rusa Bakar. Dagingnya agak lembut jika dibandingkan dengan daging kambing, namun ianya lebih manis jika dibandingkan dengan rasa daging kambing.
K02 - Kambing Tanpa Tulang (RM 20.00 satu hidangan)~
Rasa daging kambing yang dihidangkan memang lembut dan terasa kepekatan rempah buatan sendirian yang digunakan sebagai sos. Kedua-dua hidangan ini dihidangkan bersama-sama salad dan juga sos mayonis, namun bagi yang biasa makan dengan sos cili, maka boleh dijadikan bahan perasa tambahan.
Hidangan Peha Kambing turut dipesan oleh salah seorang daripada sahabat saya yang turut serta menerokai Restoran Kambing Bakar Tanjung Lumpur ini. Dagingnya ternyata lebih lembut berbanding dengan hidangan K02 - Kambing Tanpa Tulang.
Hidangan ini turut disajikan dengan sos lada hitam dan mayonis, serta salad segar yang disertakan dengan campuran mayonis dan thousand island.
Hidangan ini turut disajikan dengan sos lada hitam dan mayonis, serta salad segar yang disertakan dengan campuran mayonis dan thousand island.
~ Restaurant Kambing Bakar GuangZhou Tanjung Lumpur Review - Other Dishes ~
SD03 - Mushroom Soup dan Roti Arang (RM 6.00 satu hidangan)~
Kelainan daripada roti bakar biasa, roti bakar yang disediakan di Restoran Kambing Bakar GuangZhou ini dibakar dengan menggunakan arang, memberikan satu aroma yang agak manis. Disertakan bersama-sama adalah sup cendawan yang ditaburkan serbuk lada hitam diatasnya.
KL01 - Keropok Lekor Terengganu (RM 5.00 satu hidangan)~
Ditambah pula dengan hidangan keropok lekor yang dikatakan datangnya dari negeri jiran (Terengganu), ianya seakan-akan rasa seperti keropok losong. Sos pencecah yang turut disediakan tidak terlalu pedas, dan bersesuaian dengan citarasa kami.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Thanks atas perkongsian. Kebetulan nak cari ni. Bagus juga reviewnya. Ni mesti beberapa minggu sebelum PKP Pertama ye...
ReplyDelete