Monday, 22 April 2019

Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 1) - The Place

Teluk Chempedak yang terletak di Kuantan, Pahang ini sudah semestinya menjadi pusat persinggahan serta menikmati keindahan alam bagi kami di waktu petang (sudah semestinya selepas waktu kerja, kalau tidak kata mengular pula..).

 

Teluk Chempedak ini tidak begitu jauh daripada Bandar Kuantan, mengambil masa kurang daripada 10 minit dengan menaiki kenderaan sahaja.

Kawasan ini amat terkenal sebagai sebuah pusat pelancongan dan pusat mandi-manda bagi penduduk mahupun para pelancong.



~ Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 1) - The Parking Space ~

 

Kawasan parkir yang disediakan disini tidaklah begitu luas, namun mengikut kira-kira kasar, ianya dapat menampung hampir 80 biji kereta di dalam suatu masa.

Cas parkir yang dikenakan kepada para pengunjung hanya RM 2.10 sahaja (sekali masuk) dan tiada had tempoh yang dikenakan oleh pihak pengurusan parkir kepada para pengunjung.


~ Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 1) - The Facilities ~


 

Terdapat pelbagai kemudahan yang turut disediakan di Teluk Chempedak ini, termasuk kemudahan untuk berenang, makanan dan juga cenderahati yang boleh dibeli di beberapa lokasi di dalam Teluk Chempedak ini.


 

Ketika kami datang di sini, iaitu pada jam 6 petang, masih banyak lagi kedai-kedai dan warung-warung yang masih belum dibuka. Menurut kepada peniaga disini, kebanyakkan kedai disini buka pada waktu malam.

Pada hari kejadian juga, terdapat pesta buku yang menjadi salah satu tumpuan kami untuk menyinggah sebentar dan membeli bahan ilmuan yang agak murah.


 
 
Pesta buku di Teluk Chempedak~

Selain daripada itu, terdapat juga pantai yang agak cantik, dengan kelandaian yang sesuai untuk dijadikan tempat mandi manda di Teluk Chempedak ini.


Pantai Teluk Chempedak~

 
Beberapa biawak spesis komodo yang saya lihat disekitar Teluk Chempedak~

Para pengunjung juga harus beringat bahawa di kawasan Pantai Teluk Chempedak ini, terdapat juga beberapa hidupan liar dan juga sampah sarap yang mengundang kepada datangnya hidupan liar yang merbahaya.

Berhati-hati ketika berjalan-jalan, OK?



**********

Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya berkenaan dengan Teluk Chempedak yang terletak di Kuantan. Untuk post yang seterusnya, saya akan kongsikan perjalanan kami yang menemukan sebuah lagi kawasan pantai yang agak cantik di sini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment