Wednesday, 8 August 2018

Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu Review

Negeri di bawah Bayu, merupakan nama bagi Negeri Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo telah berjaya saya jejaki di atas urusan kerja pada pertengahan tahun ini.

 

Disebabkan perjalanan dari KLIA2 ke Kota Kinabalu International Airport ini mengambil masa kira-kira hampir 3 jam, maka kami memerlukan sebuah hotel untuk merehatkan diri pada waktu malam.

Kali pertama saya di sini, dan Lucky 11 Hotel yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu menjadi pilihan saya ketika ini.


~ Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu Review - Useful Information ~

 

Di Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu, terdapat 4 jenis bilik yang ditawarkan di hotel ini yang anda perlu tahu sebelum membuat tempahan seperti dibawah.


Standard Queen Room (1 Queen Bed)
RM 128.00 / night + RM 50.00 (Deposit)

Standard Twin Room (2 Single Bed)
RM 128.00 / night + RM 50.00 (Deposit)

Family Room (1 Queen, 2 Single Bed)
RM 178.00 / night + RM 70.00 (Deposit)

Superior Room (2 Queen Bed)
RM 208.00 / night + RM 100.00 (Deposit)



 

Namun, Lucky 11 ini juga menyediakan sebuah pekej bagi anda yang ingin berehat ataupun menunggu penerbangan anda ke destinasi yang seterusnya, dari jam 8 pagi hingga ke 10 malam seperti dibawah.


Stop A
RM 30.00 (3 jam transit)

Stop B
RM 80.00 (6 jam transit)


Menarik tentang Lucky 11 Hotel ini, ianya terletak di Bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa kira-kira 5 minit untuk sampai di Waterfront (gerai makan seafood), dan kira-kira 7 minit ke Pasar Filipino dan 10 minit ke Hard Rock Cafe Kota Kinabalu dengan berjalan kaki.

 

Selain daripada keadaan Ruang Lobby Hotel yang menyelesakan, terdapat juga beberapa risalah yang menjadi tumpuan kepada para pelancong terutamanya daripada Semenanjung Malaysia.

Di sini, terdapat beberapa pekej yang anda boleh lihat dan bandingkan yang mana anda ingin pergi.


~ Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu Review - The Standard Queen Room ~

 

Keadaan bilik di Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu ini memang bersih dan disusun rapi. Selain daripada katil queen, terdapat juga beberapa peralatan yang ditawarkan di dalam bilik ini seperti TV, meja kerja, almari cermin dan juga bilik air (yang juga bersih dan tidak mempunyai tompok air).

 
Almari gantung baju beserta dengan cermin~

 
Meja kerja dengan TV. Terdapat juga cerek elektrik untuk digunakan~

 
Suasana bilik air yang bersih~

**********

Lucky 11 Hotel Kota Kinabalu boleh diklasifikasikan sebagai sebuah hotel bajet bertaraf 2 bintang, menyediakan kemudahan asas kepada pada pengunjung yang sibuk dengan urusan kerja semata-mata.

Maka, bagi mereka yang hanya sampai di hotel untuk berehat dan menyegarkan diri, maka hotel bajet seperti ini amat sesuai dijadikan tempat rehat anda di waktu malam. 

Cuma kelemahan tentang bilik yang saya dapat pada ketika ini adalah remote aircond rosak, dan tidak dapat menurunkan suhu bilik menyebabkan saya berasa sangat sejuk sehingga terpaksa menutup main suis aircond tersebut.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment