Pada hujung minggu yang lalu, CEO saya telah memanggil beberapa ahli dari team saya untuk berdiskusi berkenaan dengan beberapa perkara yang penting, dan beliau mencadangkan untuk melaksanakan perbincangan tersebut di IOI City Mall.
Memandangkan perbincangan ini agak sulit dan memerlukan konsentrasi dan juga kerjasama daripada rakan sekerja yang lain, maka tempat yang paling sesuai adalah di kedai yang bersesuaian untuk sesi berdiskusi (tidak terlalu riuh).
Setelah berpusing-pusing mencari kedai, maka saya telah mengambil keputusan dengan memilih Coffea Coffee IOI City Mall sebagai tempat untuk berdiskusi.
Menarik tentang Coffea Coffee ini, cara penyediaan kopi di sini jauh berbeza dengan cara penyedian kopi di tempat lain. Cara penyediaannya agak tradisional, namun ianya memberikan satu rasa yang cukup untuk membuatkan penggemar kopi tersenyum lebar.
Dengan aroma kopi yang berlegar di sekitar kawasan kedai, serta keadaan di dalam kedai yang tenang (ramai yang berada di sini pada saat ini membuat kerja masing-masing) memang merupakan tempat yang terbaik untuk berdiskusi.
Tanpa membuang masa, saya kongsikan dengan anda minuman yang telah kami pesan termasuk beberapa jenis kek yang menjadi santapan kami ketika berdiskusi.
~ Coffea Coffee IOI City Mall Review - Assorted Cakes ~
Minum kopi sambil menikmati kek yang manis merupakan minum petang yang biasanya menjadi rutin kepada penggemar kopi, selain daripada mencicah biskut ataupun makanan ringan yang lain.
Di Coffea Coffee IOI City Mall, kami telah memesan 2 jenis kek yang berjaya menarik minat kami; Hearty Chocolate Cake dan juga Almond Tiramisu Cake.
Hearty Chocolate Cake
RM 14.10
Almond Tiramisu Cake
RM 13.91
Hearty Chocolate Cake ini dihidangkan dengan Ice Cream Vanilla, dimana kombinasi kedua-dua chocolate dan juga ice cream ini memberikan satu rasa yang manis dan juga berlemak.
Untuk Almond Tiramisu Cake pula, kepingan kek tiramisu ini disediakan dengan kacang Almond sebagai topping. Ketika merasai kek ini, terdapat rasa kemanisan datang dari bahagian kacang almond ini, kemungkinan datangnya dari madu.
~ Coffea Coffee IOI City Mall Review - The Coffee ~
Jika berada di kedai kopi, sudah semestinya yang menjadi keutamaan di sini adalah hidangan kopi yang disediakan. Di sini terdapat lebih daripada 5 jenis biji kopi yang anda boleh pilih, bergantung kepada citarasa anda sendiri.
Sebelum memilih kopi dan caranya di brew, anda boleh menghidu dahulu biji-biji kopi yang boleh didapati di sini. Setelah memilih bijian kopi yang anda suka, maka anda boleh mula membuat pesanan di kaunter.
Sebelum memilih kopi dan caranya di brew, anda boleh menghidu dahulu biji-biji kopi yang boleh didapati di sini. Setelah memilih bijian kopi yang anda suka, maka anda boleh mula membuat pesanan di kaunter.
Ethiopia Gebena G1
RM 15.98
Hazelnut Latte - Maestro
RM 13.16
Iced Cappuccino - Maestro
RM 13.16
Iced Caramel Latte - Madonna
RM 14.10
Melihat kepada jenis-jenis kopi seperti diatas, sudah pasti anda tertanya-tanya tentang apakah sebenarnya Maestro dan juga Madonna. Berikut adalah penerangan berkenaan dengan nama yang unik ini.
Maestro - Mempunyai rasa yang kuat dengan warna coklat hitam, merupakan campuran klasik gaya citarasa Amerika.
Madonna - Campuran gaya citarasa Eropah yang mempunyai aroma seperti buah-buahan dengan sedikit keasidan.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Secara keseluruhan, terdapat banyak lagi kedai-kedai seperti Coffea Coffee yang menyediakan hidangan khusus seperti kopi di seluruh Malaysia, hanya menunggu masa untuk saya terokai dan jejaki.
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment