Monday, 27 August 2018

Chocolate Shopping at Kompleks Haji Ismail Group (HIG) Langkawi

Langkawi memang terkenal dengan Duty Free Zone dimana kebanyakkan daripada pengunjung yang melawat Langkawi sudah semestinya akan memborong coklat (terutamanya) dan juga pekakas-pekakas rumah yang lain.

 

Bermula secara kecil-kecilan (dari kawasan kedai-kedai), seterusnya Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd telah membuka kompleksnya yang tersendiri di Pulau Langkawi, terletak kira-kira 3 minit daripada kedai asalnya.

Banyak pengunjung yang datang ke Langkawi ini akan menyinggah di Kompleks HIG untuk membeli saguhati berbentuk coklat ataupun pekakas rumah.


~ Chocolate Shopping at Kompleks Haji Ismail Group (HIG) Langkawi - The Chocolate Selections ~

 

Di Kompleks HIG ini memang terkenal dengan harga barangan yang murah-murah, lebih-lebih lagi coklat. Sekiranya di Kuala Lumpur, harga untuk sekotak Lotte Pepero adalah di dalam lingkungan RM 32.00 - RM 35.00 namun di sini, harganya lebih kurang RM 27.00 sahaja (disebabkan Duty Free).

Berikut adalah beberapa jenis dan variasi coklat yang dijual di Kompleks HIG ini (terdapat coklat yang diperbuat oleh HIG juga, dan ianya amat murah).

 
 
 
 
 
Memang menjadi kegilaan peminat coklat yang tegar untuk memborong disini~


~ Chocolate Shopping at Kompleks Haji Ismail Group (HIG) Langkawi - Other Products ~

Selain daripada Coklat yang memakan lebih kurang satu per tiga daripada jumlah keluasan kedai, terdapat juga beberapa produk lain yang turut dijual disini, seperti di dalam gambar dibawah.

 
 
 
 

**********

Kepada anda yang ingin membeli belah sakan di Pulau Langkawi, maka destinasi Kompleks HIG ini sudah semestinya perlu dimasukkan di dalam itinerary perjalanan anda.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment