Monday 13 August 2018

Kampung Tanjung Aru Lama Kota Kinabalu Sightseeing

Sewaktu di dalam perjalanan ke Bandar Kota Kinabalu dari Kota Kinabalu International Airport (KKIA), kami terlihat sebuah perkampungan yang terletak di sebelah kiri selepas Bangunan PERKESO Kota Kinabalu yang memaksa kami untuk berpatah semula dan mencari lokasi untuk memasuki ke perkampungan ini.

 

Menarik tentang perkampungan ini, ianya terletak di persisiran pantai Tanjung Aru yang diberikan nama Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu.

Keunikan tentang kampung ini, hampir kesemua perumahan disini digabungkan dengan titian yang diperbuat daripada kayu. Memang mencabar ketika melalui kawasan ini, lebih-lebih lagi takut terjatuh ke dalam air.


~ Kampung Tanjung Aru Lama Kota Kinabalu Sightseeing - The Outskirt ~

 

Meskipun di penghujung perjalanan kami ini menemukan sebuah tempat dan pemandangan yang indah (pemandangan laut), namun kami mengambil peluang untuk menerokai terlebih dahulu suasana di perkampungan ini.

Memang benar, pemandangan dan suasana di sesetengah bahagian perkampungan Kampung Tanjung Aru Lama ini agak kotor dengan kehadiran banyak bahan buangan yang tidak sepatutnya ada seperti plastik, bekas makanan dan sebagainya.

Secara kesimpulannya, saya boleh katakan bahawa kawasan perkampungan Tanjung Aru Lama ini didiami oleh kebanyakan penduduk yang berpendapatan rendah disebabkan oleh struktur bangunan yang didapati disini.

 

Jalan penghubung diantara rumah ke rumah pula agak bahaya, disebabkan kebanyakan kayu dan tiang sudah mula reput. Namun terdapat juga beberapa kawasan titinya telah digantikan dengan kayu yang baharu untuk memberikan keselamatan kepada penggunanya.


~ Kampung Tanjung Aru Lama Kota Kinabalu Sightseeing - Going to the Jetty ~

 

Perjalanan dari kawasan perdalaman Kampung Tanjung Aru Lama ini seringkali menemui jalan buntu disebabkan kami pun tidak tahu jalan yang mana harus kami lalui, namun apabila menemui sebuah titian yang cantik, maka kami tahu yang kami berada di jalan yang betul.

 
Titian yang kukuh, menuju ke Jeti~

 
Pemandangan daripada penghujung titian~

 
 
Berjalan menuju ke Jeti Kampung Tanjung Aru Lama~

 
 
Bergambar di Jeti dibawah sinaran matahari yang mampu mengelapkan kulit saya yang memang gelap ini~

**********

Kampung Tanjung Ary Lama ini boleh dijadikan sebagai sebuah pusat daya tarikan pelancong disebabkan keunikkan suasana yang boleh didapati disini.

Terdapat beberapa penambahbaikan serta pemurnian yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk memantapkan lagi kawasan ini. 

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharap agar suasana perkampungan ini dapat berubah demi masa hadapan anak-anak sebagai daya tarikan para pelancong di Sabah.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

1 comment: