Sewaktu melaksanakan kerja di sekitar kawasan Langkawi, untuk berehat di waktu malam, syarikat saya telah memilih Hotel Grand Continental sebagai penginapan malam kami di sini selama sehari sahaja.
Hotel Grand Continental ini terletak berhampiran dengan Langkawi Waterpark dan juga berhampiran dengan Maha City. Agak sesuai dengan lokasi kami pada kali ini yang mempunyai urusan di Maha City.
Meskipun hotel ini agak murah rate nya berbanding dengan hotel yang lain, namun apa yang disediakan juga adalah berbeza diantara satu sama yang lain.
Di Langkawi terdapat satu bentuk bayaran tambahan yang dikenakan kepada pelawat dan penginap hotel yang diberi nama "Kutipan Bayaran Penggalakan Perlancongan" dibawah Undang-undang Kecil 4(7) bagi Perniagaan Hotel, dikategorikan kepada bintang seperti dibawah.
1 ~ 3 Orkid atau 1 ~ 2 Bintang
RM 1.00 semalam sebilik
3 dan 4 Bintang
RM 3.00 semalam sebilik
5 Bintang
RM 5.00 semalam sebilik
6 Bintang
RM 7.00 semalam sebilik
7 Bintang
RM 9.00 semalam sebilik
Sudah nama pun Tourism Tax mengikut Tourism Tax Act 2017 (Act 791), maka kami pon bayar sahaja mengikut kepada kategori untuk Hotel Grand Continental di Langkawi.
~ Hotel Grand Continental Langkawi Review - The Double Single Hotel Room ~
Bilik yang kami telah duduki di Hotel Grand Continental Langkawi ini adalah bilik yang mempunyai 2 katil single. Selain daripada katil tersebut, suasana di dalam bilik yang kemas dan tidak berbau membuatkan penginapan kami disini amat selesa walaupun satu malam sahaja.
Berikut adalah beberapa gambar bilik kami yang telah diambil sebaik sahaja kami masuk ke dalam bilik.
Suasana di dalam kamar tidur~
Suasana di dalam bilik air~
Pemandangan dari bilik hotel kami, waktu senja dan pagi~
~ Hotel Grand Continental Langkawi Review - Morning Breakfast ~
Setiap pagi, pihak hotel akan menyediakan hidangan sarapan pagi bagi mereka yang mengambil pekej bilik bersama-sama dengan sarapan pagi. Lokasi untuk sarapan pagi hanya bersebelahan dengan kawasan Receptionist sahaja, terletak di Lobby Utama.
Berikut adalah beberapa hidangan dan sajian yang disediakan untuk sarapan pagi.
Rasa untuk setiap hidangan yang disajikan sewaktu kami bersarapan disini memang sedap, mengikut piawaian perhotelan.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Hotel Grand Continental yang terletak di Pulau Langkawi. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment