Satu-satunya downtown di Kota Bharu yang diminati ramai oleh setiap pelancong serta penduduk tempatan di waktu malam, iaitu Wakaf Che Yeh yang terletak kira-kira 5 minit dari bandar Kota Bharu.
Setiap kali saya datang ke Kota Bharu, mesti saya akan singgah di sini juga. Banyak peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan kecil berniaga disini hampir setiap malam termasuk juga ketika musim hujan.
Apakah barang yang diniagakan itu? Jom saya kongsi apa yang ada di sini.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Waktu Operasi ~
Sebelum masuk ke bahagian barangan, terlebih dahulu saya ingin berkongsi waktu operasi Wakaf Che Yeh ini terlebih dahulu.
Disebabkan dengan nama Downtown, Wakaf Che Yeh ini mula beroperasi seawal jam 8 malam (biasanya selepas Maghrib) sehingga selewat jam 6 pagi (biasanya sebelum Subuh).
Meskipon ada yang membuka gerai pada jam seawal 7 malam, tetapi mereka belum memulakan perniagaan mereka. So, kepada sesiapa yang ingin datang ke sini, jam 9 malam adalah masa yang paling sesuai.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Aneka Jenis Pakaian ~
Kebanyakan pakaian di sini sangat murah berbanding dengan harga di Lembah Klang. Ini disebabkan banyak produk-produk ini dibawa masuk dari negara jiran.
Kualiti kain dan jahitan juga agak kemas seakan-akan baju yang Original (meskipon banyak baju original datang dari negara jiran juga).
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Alat Elektronik ~
Wakaf Che Yeh memang famous dengan barangan elekrik dan elektronik yang murah-murah. Tapi betul-betul ke murah? Saya tengok bila datang ke sini harganya sama dengan harga di Lembah Klang saja.
Cuma yang special di sini ada beberapa kedai yang menjual barangan-barangan mereka secara lelong, lebih rendah sikit dari harga di Lembah Klang.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Makanan Jeruk ~
Boleh dikatakan bahawa makanan jenis jeruk disini agak murah berbanding dengan Jeruk Pak Ali. Dari segi kesedapan pula, saya rasa sama sahaja dengan Jeruk Pak Ali.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Buah-buahan Segar ~
Buah-buahan yang dijual disini mengikut musim-musim yang tertentu. Bila datang musim mangga, memang hampir semua peniaga disini akan menjual mangga yang banyak.
Ada satu kali saya datang bila musim buah rambutan, memang memanjang nampak buah rambutan sahaja.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Barangan Harian ~
Terdapat pelbagai variasi barangan harian yang dijual di Wakaf Che Yeh ini, daripada barangan mandian ke barangan kosmetik dan barangan wangian.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Alat Sukan ~
Peralatan-peralatan sukan seperti kasut, baju, jersi mahupun roller blade juga turut dijual disini. Harganya sangat murah disebabkan kebanyakannya adalah "Copy Original", seakan-akan sama tetapi ada berbeza sedikit.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Alat Mainan ~
Kepada yang mempunyai atau membawa anak kecil, terdapat beberapa kedai yang menjual barangan mainan kanak-kanak dari mainan yang kecil sehingga teddy bear yang sangat besar.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Urutan Tradisional ~
Bila dah letih berjalan-jalan mengelilingi Wakaf Che Yeh ni, boleh singgah sebentar di kedai urutan tradisional ni. Ada satu saja kedai urutan tradisional ini dan harganya memang berbaloi dengan urutan yang disediakan.
~ Wakaf Che Yeh Kota Bharu Review - Kesimpulan ~
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual disini, tetapi kepada anda yang ingin datang ke sini diwajibkan untuk pandai minta kurang.
Selain itu, anda kena survey terlebih dahulu harga-harga di kedai lain sebelum membuat keputusan.
Pastikan sebelum membuat keputusan, periksa terlebih dahulu barangan tersebut lebih-lebih lagi barangan elektronik. Sekiranya anda beli tanpa periksa, kerosakan yang ada pada barangan tersebut tidak akan dilayan lagi.
Kesimpulannya, SILA JADI CEREWET~
No comments:
Post a Comment