Hi Semua!
Post kali ini agak menarik dimana ianya merupakan satu keunikkan di Kuala Terengganu, yang anda semua kena cuba dan rasa bila sampai ke sini.
Tidak lain dan tidak bukan adalah Kedai Air Buah Gelas Besar Terengganu yang terletak didalam lingkungan 1KM dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu, menghala ke Bandar Kuala Terengganu.
Jom saya kongsi benda ataupon konsep yang menarik di kedai makan ini.
Kedai ini menyediakan lebih dari 10 jenis gelas yang anda semua boleh minum, dari gelas yang kecil sehingga gelas yang bersaiz Balang. Terdapat juga harga-harga yang berbeza diatas sebarang penambahan yang disediakan.
Berikut merupakan jenis-jenis gelas beserta harga-harga yang disediakan oleh Air Buah Gelas Besar Terengganu ini.
Jenis Biasa Tiada Ais + Susu + Susu dan Tiada Ais
Kecil RM 2.50 RM 3.30 RM 2.80 RM 3.60
Sedang RM 3.00 RM 4.00 RM 3.30 RM 4.30
Besar RM 4.50 RM 5.50 RM 5.00 RM 6.00
Bapok RM 5.50 RM 7.00 RM 6.00 RM 7.50
King RM 8.00 RM 9.50 RM 8.50 RM 10.00
Kasut RM 3.00 RM 4.00 RM 3.30 RM 4.30
Jag RM 18.00 RM 20.00 RM 21.00 RM 23.00
Bakul RM 12.00 RM 15.00 RM 13.00 RM 16.00
Ikan RM 12.00 RM 15.00 RM 13.00 RM 16.00
B. Kecil RM 6.00 RM 8.00 RM 7.00 RM 9.00
B. Besar RM 50.00 RM 75.00 RM 55.00 RM 80.00
Balang RM 8.00 RM 12.00 RM 9.00 RM 13.00
Balang RM 10.00 RM 14.00 RM 11.00 RM 15.00
Balang RM 30.00 RM 50.00 RM 35.00 RM 55.00
Balang RM 40.00 RM 60.00 RM 45.00 RM 65.00
~ Air Buah Gelas Besar Terengganu Review - Menu Air Buah ~
Kedai Air Buah Gelas Besar ini menyediakan hampir 39 jenis menu air buah (tidak termasuk susu) untuk pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai ini.
Menu-menu jus buah yang disediakan adalah seperti dibawah.
Asam Boi Anggur Asam Jawa Betik Belimbing
Binjai Bachang Carrot Ciku Cempedak
Delima Durian D. Belanda Epal Jagung
Jambu Batu Kiwi Kuini Kurma Kismis
Laici Longan Mempelam Nangka Nenas
Naga Oren Pisang Sauci Salak
Sengkuang Sour Plum Strawberry Tembikai T. Susu
T. Batang (Timun)
~ Air Buah Gelas Besar Terengganu Review - Saiz Kasut ~
Terasa pelik bila kita dengar ada saiz kasut ni, so kami pon cuba order saiz ini. Memang tak disangka kan yang kedai ini memang menyediakan air buah di dalam gelas kasut.
Terasa seperti Cinderella la pula, minum air buah dalam kasut ni~
~ Air Buah Gelas Besar Terengganu Review - Saiz Bapok ~
Memang sungguh besar gelas yang bersaiz Bapok ini. Untuk pengetahuan anda, Bapok ni bukan la Mak Nyah, tetapi bagi menurut orang tempatan, ianya adalah perumpamaan bagi saiz atau sesuatu yang lebih besar dari besar.
~ Air Buah Gelas Besar Terengganu Review - Kesimpulan ~
Secara kesimpulannya, air buah yang dihidangkan ini memang diperah 100% dari buah, bukannya dari kordial. Memang terasa kelazatan air buah di setiap kali sedutan dan hirupan.
Menurut isteri, air buah Durian Belanda yang diambil oleh beliau juga turut merasakan keaslian jus durian belanda itu sendiri.
Sampai disini sahaja untuk kali ini. Kalau saya datang lagi ke tempat ini, saya akan berkongsi lagi dengan anda semua jenis-jenis gelas yang lain pula.
Oleh itu, saya mengundurkan diri dahulu. Jumpa lagi di post yang akan datang!
Bubbyee~~
nak intak kebenaran nak simpan gambar kedai gelas besar.untuk digunakan sebagai kerja saya buleh tak?
ReplyDeleteBoleh cik, tiada masalah.. :)
Delete