Hi semua.
Ini merupakan post yang terakhir untuk siri ini. Kepada sesiapa yang masih belum membaca post-post yang sebelumnya, boleh klik link ni: Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5.
Di dalam post ni, saya akan berkongsikan jenis-jenis kenderaan yang boleh disewa ketika di dalam Monumen Park ni (termasuk harga) serta pengalaman checking out kami dari taman ini.
Sekolah-sekolah rendah mahupun menengah sangat gemar untuk membuat aktiviti melawat tapak-tapak bersejarah seperti di Monumen Park ini, lebih-lebih lagi ketika waktu cuti sekolah.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Papan Tanda Bahaya ~
Ketika anda semua sedang menerokai sejarah Tamadun Islam, sila pastikan anda semua mengikut arahan papan tanda yang disediakan.
Silap haribulan, tidak pasal-pasal menggatal satu badan.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Kenderaan Sewa ~
Kenderaan sewa yang disediakan oleh Monumen Park Kuala Terengganu ini mempunyai pelbagai jenis, dari basikal sehingga lah ke tram.
Nampak memang menarik bukan, tetapi bagaimana pula dengan harga untuk setiap satu kenderaan yang disediakan ni?
Di bawah ini adalah harga-harga kenderaan yang boleh disewa di Monumen Park Kuala Terengganu ini.
1. Tram (Train) - Hop-on and Hop-off
Dewasa atau Kanak-kanak : RM 5.50 sekali naik di setiap monumen check-point.
2. Basikal
Basikal Biasa (1-seater) : RM 10.00 untuk 1.5 jam (Sejam 30 minit)
Basikal Surrey (4-seater) : RM 48.00 sejam
Basikal Surrey (6-seater) : RM 59.00 sejam
3. Buggy Car
3 Penumpang : RM 48.00
5 Penumpang : RM 59.00 / RM 64.00 (mengikut jenis)
7 Penumpang : RM 75.00
13 Penumpang : RM 159.00
4. Paddle Boat
Paddle Boat : RM 10.00 untuk 30 minit
Kepada sesiapa yang pernah membaca post saya sebelum ini, kalau kemasukan yang kedua dan ketiga, anda boleh mendapat beberapa kenderaan diatas dengan diskaun malahan ada yang percuma lagi.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Taman Permainan ~
Taman mainan kanak-kanak adalah sangat penting sekiranya anda membawa anak-anak bersama datang ke Monumen Park ini.
Walaupun mereka boleh bermain-main disini, tetapi ibu bapa haruslah memerhatikan mereka supaya tidak tersasar jauh dari sini sebab persekitaran di sini sangat besar dan anak-anak anda mungkin akan sesat.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Check-out ~
Dah seperti berada di luar negara pula, siap nak kena check-out dan stamp passport lagi. Ini lah caranya untuk mereka track kemasukan kita dan juga dengan cara inilah juga anda boleh mendapat free ride untuk kemasukan yang seterusnya.
~ Monumen Park Kuala Terengganu Review - Gift Shop ~
Sebenarnya tidak perlu pon nak masuk ke dalam Monumen Park kalau hendak ke Gift Shop ni, sebab Gift Shop ni memang boleh masuk dari Jalan Utama lagi.
Memang banyak koleksi-koleksi barangan yang dijual; termasuk patung penyu, baju, makanan, minuman, dan lain-lain.
*********************************
Akhirnya tamat lah sudah sesi Monumen Park yang mengambil masa 2 minggu untuk diceritakan. Memang menarik tempat ini, lebih-lebih lagi pengunjung boleh datang dan mempelajari Ketamadunan Islam itu sendiri.
Sampai di sini sahaja dan jumpa lagi di post yang akan datang~
Bubbyeee~~
No comments:
Post a Comment