Nasi lemak yang biasanya kita makan terdiri daripada beras biasa yang banyak kanjinya, tetapi bagaimana pula sekiranya nasi tersebut adalah dari beras Bhasmati?
Berhampiran dengan Proton Edar Vitalic di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, ada terdapat gerai Nasi Lemak Hijau Sri Pandan yang menggunakan Beras Basmati.
Ramai yang mengatakan bahawa rasa Beras Bhasmati ini seakan-akan memakan kapas, tidak sedap dan tidak kenyang. Akan tetapi, bagaimana pula rasanya jika dibuat Nasi Lemak?
Ramai pelanggan yang datang untuk membeli nasi lemak disini walaupon ianya menggunakan Beras Bhasmati. Rasa sambal yang disediakan di gerai ini agak pedas, tetapi sedap untuk dimakan (bila dah lapar, semua jadi sedap).
Hampir semua pelanggan beli bungkus, tetapi gerai ini juga menyediakan tempat untuk makan kepada tetamu yang ingin makan di sini.
Yang paling best, time saya nak makan tu, tuan empunya gerai siap nak pelawa untuk beli air minuman kat kedai serbaneka. Walaupun bukan free air tu, tetapi memang peramah tuan empunya kedai ni.
Sesiapa yang ingin merasakan nasi lemak tetapi diet-style, boleh datang menyinggah disini.
No comments:
Post a Comment