Hotel Holiday Villa ni sebenarnya menggunakan guna-guna sehingga saya tidak tahu mengapa tetapi setiap kali saya datang untuk travel ke sini, saya sudah pasti akan menginap di hotel ini.
Disebabkan terletak berhadapan dengan Wakaf Che Yeh, memang sesuai saya mengatakan bahawa hotel ini menggunakan guna-guna, kerana ia menggunakan daya tumpuan persekitaran yang sedia ada.
Terletak lebih kurang 3KM dari pusat bandar, Hotel ini easy access ke kedai makan (ke kanan ada McD, ke kiri ada kedai masakan Thai) dan juga Wakaf Che Yeh yang merupakan DownTown yang terkenal di Kota Bharu ini.
Kawasan dalam bilik amat kondusif, dimana ianya tidak berbau dan juga segala peralatan disusun rapi dan kemas. Pencahayaan di dalam bilik ini hampir 90% menggunakan Warm Light, memberikan suasana yang selesa kepada penghuni.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Restroom ~
Kawasan dalaman bilik air juga sangat bersih dan lantainya telah dilap sehingga kering sebelum penghuni masuk untuk menginap di sini, tetapi saya mendapati yang tisu gulungnya tidak diletakkan ditempat yang disediakan.
So far, memang selesa.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Religious Equipment ~
Hotel ini juga menyediakan Tafsir Al-Quran dan juga Sejadah Solat untuk penghuni yang beragama Islam.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Kupon Internet ~
Setiap bilik akan diberikan kupon untuk access internet. Bergantung kepada berapa lama anda menginap di sini, pihak hotel akan memberikan kupon internet berdasarkan kelamaan anda disini.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Ruangan Tengah Hotel ~
Sekiranya anda berjalan ke bilik yang telah ditetapkan oleh pihak hotel, di kawasan pejalan kaki ke setiap bilik mempunyai satu ruangan yang luas di tengah-tengah.
Di sini anda boleh melihat terdapat swimming pool di tingkat bawah.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Swimming Pool ~
Swimming pool di Hotel Holiday Villa ini dibahagi kepada 3 bahagian; bahagian kanak-kanak, bahagian orang dewasa dan bahagian jakuzi. Bahagian Jakuzi ini jarang-jarang dibuka.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Gymnasium ~
Peralatan yang ada di dalam Gymnasium ini complete untuk setiap jenis exercise; dari Dumbbell sehingga ke Track mill. Gymnasium ini dibuka dari jam 7 pagi sehingga 7 malam sahaja.
Di sini juga diletakkan beberapa exercise dan muscle guide bagi mereka yang inginkan informasi berkenaan dengan exercise yang bersesuaian yang ingin mereka lakukan.
~ Hotel Holiday Villa Kota Bharu Review - Breakfast Area ~
Untuk sarapan pagi, anda boleh turun ke Lobby Utama dan terus bergerak ke bahagian kiri Hotel menghala ke Restaurant Lagenda. Di sini anda akan disajikan dengan hidangan masakan Kelantan, lebih-lebih lagi masakan Nasi Dagang.
Selain dari Nasi Dagang, banyak lagi masakan yang disediakan dimana setiap hidangan adalah berbeza setiap hari. Selain daripada makanan yang berat, makanan yang ringan seperti roti, bijirin, sup serta bubur juga dihidangkan.

***********************
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada post ini. Diharap perkongsian ini dapat serba sedikit memberi manfaat kepada anda semua.
Jumpa lagi di post yang lain.
Bubbyee~
lokasi menginap bengkel minggu depan. semoga tercipta keseronokan disana..hehe
ReplyDeleteSemoga berjaya mencipta keseronokan yang di idam-idamkan~
DeleteSelamat bercuti!