Monday, 13 March 2017

Nasi Ayam Sunway Rymba Hills Review

Kalau korang ada di kawasan ni, saya sarankan korang mencuba nasi ayam yang betul-betul berada dihadapan signboard Sunway Rymba Hills, di Damansara ni. 

 

~ Nasi Ayam Sunway Rymba Hills Review - Operating Hour ~
Walaupon berniaga dengan Food Truck, tetapi kedai ni hanya buka pada jam 11 pagi sehingga 3 petang sahaja. Special sangat ke nasi ayam kat kedai ni?

 

Time lunch hour, memang ramai orang yang datang ke sini untuk makan tengah hari sebab kawasan ni lebih kurang kawasan perindustrian kecil. Nasib baik dapat tempat duduk time lunch hour.


~ Nasi Ayam Sunway Rymba Hills Review - Menu dan Harga ~
Kat sini hanya ada 3 menu je, 2 menu makanan dan 1 menu air. Nasi Ayam, Nasi Goreng Ayam dan juga Air Kordial (time ni air sirap). Harga dia plak berbaloi-baloi.

 

Kalau tak nampak harga dier dalam gambar kat atas tu, saya tulis semula harga dier kat bawah ni:

Nasi Ayam Biasa = RM 5.00
Nasi Goreng Ayam = RM 5.50
Air Kordial = RM 1.00

Murah kan? Kalau kat kedai, mau kene RM 6.50 sepinggan untuk nasi ayam biasa~


~ Nasi Ayam Sunway Rymba Hills Review - Air Kordial ~
Aihh, air kordial pon nak post gak ke? Bila tekak tengah kering, memang semua nampak sedap..

 

Haa.. Sedap tak? Sedap tak?

Hahaha..


~ Nasi Ayam Sunway Rymba Hills Review - Nasi Ayam Biasa ~
Akhirnya sampai juga ke menu utama kita, iaitu Nasi Ayam! *tepuk* *tepuk* *tepuk*

Nasi ayam kat sini takde la special mana pon, tapi yang specialnyer adalah sambal nasi ayam diorang. Jarang jumpa sambal nasi ayam camni.

 
Gambar nasi ayam secara keseluruhan..

 
Kita zoom in nasi dier dulu..

 
Kendian kita zoom in ayam dier plak..

 
Last skali, baru zoom in sambal hijau dia..

Wow! Sambal nasi ayam warne hijau tuu!!

Memang jarang jumpa, sebab biasanya peniaga pakai cili merah, tapi yang ni cili hijau pula. Pedas ke tak korang tanya? Tak la pedas sangat, tak la manis sangat. Cukup pekena tekak yang tengah kelaparan ni~

Orait, sampai di sini saja. Jumpa pagi di post yang akan datang.

Bubbyyeeee~~

No comments:

Post a Comment