Monday, 6 March 2017

Aroi Thai Cyberjaya Review

Murahnyer harga sampai RM 2.09 sepinggan! Kalau campur dengan 5% service and 5% GST jadi RM 2.30 sepinggan!

 

Camne agaknya makanan yang berharga RM 2.30 sepinggan kat Aroi Thai Cyberjaya ni?
~ Aroi Thai Cyberjaya Review - Menu Makanan ~
Meh sini saya share sikit jenis-jenis makanan yang diorang sediakan kat sini. Alang-alang, saya share terus menu diorang.

Hehehe..

   

Dah tiba masanya saya share satu per satu camne rupa makanan yang diorang provide ni.


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - A1. Chicken Glass Noodle Soup ~
Chicken Glass Noodle Soup ni disediakan dengan menggunakan sup ayam, disertakan dengan bebola ayam, sayur taugeh, cebisan ayam dan juga mee kuning yang halus.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - A2. Beef Glass Noodle Soup ~
Sama seperti menu A1, menu Beef Glass Noodle Soup ni menggunakan sup daging, bebola daging, sayur taugeh, cebisan daging dan juga mee kuning halus.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - A3. Tom Yum Glass Noodle Soup ~
Kalini dengan Tom Yum pula, dan Tomyum ni plak disediakan dengan sup tomyum, udang, sayur taugeh dan juga Mee kuning halus.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - B1. Thai Basil Chicken with Rice ~
Kalau yang nak kan nasi, Menu B adalah pilihan hati korang.  Thai Basil Chicken ni digoreng dengan daun Basil, dikenakan dengan nasi putih.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - B2. Thai-style Omelet with Minced Chicken ~
Nasi puteh dan telur dadar ayam sahaja. Boleh request untuk tak nak sos cili kalau nak bagi ke anak-anak kecil.



~ Aroi Thai Cyberjaya Review - B3. Thai-style Chicken Fried Rice ~
Nasi goreng ala-ala Thai dengan berisikan ayam.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - B4. Thai Green Curry Chicken with Rice ~
Yang ni pula kari hijau Thai yang dihidangkan bersama-sama dengan ayam, sayuran dan juga nasi putih.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - C2. Deep Fried Wanton Skin ~
Anggap la ni cam keropok yang dibuat dari kulit Wonton atau kulit popia. Hidangan ni disediakan dengan sos cili Thai.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - C4. Grill Beef Meatball ~
Bebola daging yang sepatutnya dipanggang, tapi tak nampak plak kesan dia kena panggang. Cam kena goreng jer..

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - C6. Hat Yai Fried Chicken Wings ~
Hanya satu je kepak ayam goreng yang disediakan.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - C9. Stir Fried Kangkung ~
Ni la sayur kegemaran rakyat Malaysia, Kangkung! Alhamdulillah dapat banyak sebab murah..

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - C10. Traditional Pandan Chicken ~
Yang ni baru betul-betul di panggang secukup rasa. Disediakan dengan 2 ketul ayam panggang dan juga sos cili Thai yang lazat.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - D1. Thai Ice Tea ~
Teh Ais ala-ala Thailand-style~

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - Perasa Tambahan ~
Kalau korang rasa ada part-part yang tak cukup rasa, diorang ada sediakan perasa tambahan mengikut kesesuaian tekak masing-masing.

 


~ Aroi Thai Cyberjaya Review - Moral of the Story ~
Kalau korang makan satu hidangan memang tak cukup. Paling koman pon, kalau perut korang kecik, mesti makan 3 - 4 hidangan sorang jugak.

 
Makan berjemaah dengan opismate~

 
Makan berjemaah dengan familymate~


Orait, sampai disini saja post untuk makan makanan yang lebih dari satu pinggan..

Ketemu lagi di post yang lain!

Babai~~

No comments:

Post a Comment