Akhirnya dapat juga merasa datang dan duduk seketika di Cyberview Resort and Spa, yang terletak di Cyberjaya ni. Ramai yang kata nak duduk kat sini agak mahal, tapi kitorang redeem point kat agoda, so dapat la dalam 50% off.
Ayat kat atas tu cam takleh blah je, sebab opis yang saya keje pon tak sampai 200 meter. Ahahaha..
Ehem.. Sambung semula..
~ Cyberview Resort and Spa Review - Main Lobby ~
Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya ni memang sangat menarik. Suasananya di Lobby utama pon sangat menarik, dengan pelbagai aroma yang menyenangkan, sangat sesuai dengan namanya.
Kawasan receiptionist.
Ceiling kat reception hall.
Siap ade fountain lagi tu. Sonok si kecil berlari-lari kat sini..
Wangian Bunga di mana-mana saja.. Abaikan penampakan di cermin tu.. Hehehe..
Alright, family photo time!
Keluarga asas Irfan dan Izzat.. Hehehe..
Tu pandang-pandang ape tuu~~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Resort Map ~
Kalau merujuk kepada pelan Cyberview Resort and Spa nih, memang agak besar dan hotelnya dipecah-pecahkan mengikut style resort. Bawah ni adalah pelan keseluruhan, saja nak share dengan korang.
Tengok je kat pelan tu dah nampak betapa besaunyer swimming pool diorang. Cam tak sabar-sabar nak pegi, tapi bertabah lah wahai hati. Kita ke resort dulu ye?
~ Cyberview Resort and Spa - Transportation ~
Disebabkan jauh dari main lobby, so kitorang pon menggedik naik Buggy Car. Request je kat receptionist, kang diorang provide dan bawa korang ke bilik korang nanti. Hehehe..
Hamboi hamboi hamboi Irfan~ Kemain lagi~~
Tapi saya ditinggalkan sebab bawak kereta ke resort. Alang-alang, amik gambau la~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Resort Room ~
Orait, Resortnya dah kelihatan, tempat untuk duduk-duduk, merehatkan dan mengembalikan tenaga sebelum hilang di tengah lautan swimming pool nanti.
Dari luar dah nampak gah. Dalam plak camne ye?
Jom kita tengok~
Kawasan ruang tamu yang sungguh luas dan conducive~
Meja study yang besar..
Kawasan kitchen~
Dan peti ais~~
Ok ok, family photo time!!
Gerombolan cik kiah bersama anak-anak~~
Abang long ngan kak long yang over-protecting adik masing-masing.
Si ibu yang mengeluarkan barangan yang telah diborong. Banyak betul, cam nak berniaga~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Fold-able Sofa-Bed ~
Caya tak caya, sofa yang diorang provide ni boleh diubah menjadi katil untuk tidur. Wow!
Jom kita tengok misi kaum hawa untuk men-transform kerusi ni menjadi katil~
Alihkan dulu pape yang patut~
Then diorang pon panggil saya..
Jeng jeng jeng.. Dah siap!! Fuuhhhh~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Rest Room ~
Bila dah puas tengok kat ruang tamu, kita masok dalam rest room plak. Nampak sangat menarik dan elegant, ok?
~ Cyberjaya Resort and Spa Review - Resort Foyer ~
Foyer dia takde la besar mana, tapi boleh dijadikan tempat untuk berehat-rehat melihat pemandangan alam yang kehijauan.
Ops.. Ternampak plak kereta lejen kat situ~ Hahaha..
Bermain-main dengan Mariam Marissa~
Alamak.. Saya nampak penampakan la..
Bila dah siap semuanya, jom kita menghala ke swimming pool yang dikatakan besar sangat kat dalam map resort tu~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Swimming Pool ~
Walaupon cuaca panas, tapi swimming pool punya pasal, kitorang redah gak. Abeh la terbakar kulit ku yang sawo matang ni..
TT_TT
Hai, leh kenal tak?
Bergambar dulu mengelilingi pool yang basar gedabak nih~
Last sebelum terjun, kena baca dulu peraturannya~
Bergambar dulu mengelilingi pool yang basar gedabak nih~
Last sebelum terjun, kena baca dulu peraturannya~
~ Cyberview Resort and Spa Review - Hammock ~
Bukan pool saja yang menjadi pujaan hati kitorang, tapi juga Hammock yang disediakan di tepi swimming pool, memberikan sesiapa saja untuk berehat di dalamnya~
Sonoknyer diorang~
Ok, semuanya dah setel. Masa untuk terjun!!
~ Cyberview Resort and Spa - Quality Time ~
Cheewah.. Sub-title dah takleh blah. Dah, dah, jom berenang!
Safety first ya semua~~
Swimming time~
Berada di sebalik tabir~
Izzat pon tak ketinggalan untuk bermain air~ Tapi kawasan ni lantai dia kasar sikit~
Sesi tarian air berirama oleh Najwa and Djeng~
Hmm.. Dier pon nak buat gak~
Memang lama kitorang mandi kat sini, sampai tak sedar waktu. Bila dah 3 jam mandi-manda, maka terlerai lah sudah tirai post ini juga~
Jumpa lagi di post yang lain~
Babai semua~~
No comments:
Post a Comment