Thursday, 23 March 2017

Kid'z Paradise The Mines Review

Kid'z Paradise, The Mines sememangnyer satu tempat yang menjadi pujaan hati si kecil yang masuk bermain dalam ni. Kawasannyer besar dan luas, dimana sesiapa yang masok kompom tak kan sesat.

 
Banyak kali dah si Irfan ajak kitorang datang sini, akhirnya sampai jugak. maklumla, dulu time kecik xreti sangat nak main. Sekali dah sampai sini, terkujat dan terkinja-kinja beliau.


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Ticket Counter ~
Diorang memang menjaga kebersihan pelanggan diorang yang datang kat sini, dimana sebelum masok, diorang akan spray sanitizer kat tangan pelanggan yang nak masok.

Ok, kembali ke ticketing counter..

 

Kat counter ni, segala jenis maklumat untuk pelanggan sebelum masok ada terpapar, so yang paling penting, kalau nak masok kene pakai stokin.

Bila dah beli ticket bagai, akak cantik pon pasang la tag kat tangan Irfan. Tapi yang paling best, kanak-kanak umur lebih dari 6 bulan pon kene jugak bayar. Cam la diorang boleh main dengan sendiri.. Hmm..

 


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Harga Tiket Masuk ~
Harga tiket untuk kanak-kanak ada kat gambar bawah ni. Curik-curik snap..

Hehehe~~

 

Orait, atas ni adalah gambar untuk masuk daily. Tapi camne plak kalau korang nak buat event kat sini? Meh sini saya share package untuk event plak. Jangan lupa baca T&C dier gak ye?

    

Kalau nak taw lebih lanjut dengan package-package yang lain, leh tengok kat FB diorang~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Shoe Rack Area ~
Kat kawasan ni korang leh letak kasut-kasut vouk korang sebelum memulakan aktiviti bermain dengan anak-anak tercinta.

  
Gembiranya mommy tegok stokin Irfan tak muat. Hehehe..


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Family Waiting Area ~
Kat tempat ni, kepada kaum ibu dan bapa yang dah tak larat nak melayan kerenah anak-anak yaang sedang aktif dan giat bermain, korang leh la duduk kat sini disamping melihat anak-anak anda terkinja-kinja bersuka-suki~

 
Irfan yang menanti bila la papa dier nak siap amik gambar.. Hahaha~~

 
Kesian Izzat sampai tertidur keletihan~~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Down Hill Ride ~
Yang ni agak menarik aktivitinya, dimana bila anak-anak kecil naik, dia akan turun dengan sendirinya (tapi kene tolak dulu laa).

    


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Car Slide ~
Yang ni plak slide yang menyerupai dengan sebuah kereta. Di belakang slide ni ada bahagian yang dipenuhi dengan bola-bole kecil~

  

Jom tengok Irfan main-main~

     
Ok, lulus dah. Kemain ligat lagi dier~~

Jom letak Izzat plak~~

  
Erk! Nanges la plak.. Nasib baik mommy dier jaoh.. Hehehe~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Turning Clown ~
Clown ni plak asik la pusing-pusing je. Korang boleh duduk kat celah-celah kaki dier untuk berehat dan melihat persekitaran~

Tak pening ke asik pusing je, encik clown?

  


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Built-It Blocks ~
Kawasan ni tertutop dan dipenuhi dengan pelbagai jenis blok-blok mainan yaang menguji kreativiti anak-anak kita untuk membina segala jenis binaan yang terlintas di dalam pemikiran mereka.

Bak kata pepatah, biarkan mereka bermain binaan camni untuk mengasah daya kreativiti dan inovasi dalaman mereka~

   


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Party Zone Room ~
Ni la bilik yang korang akan guna kalau korang buat party celebration kat sini. Oleh sebab takde sebarang aktiviti kat sini, so kitorang pon tak dapat la nak amik gambar dalam bilik ni..

 


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Trampouline ~
Tempat dimana anak-anak korang melompat sesuka hati tanpa risau kecederaan berlaku, kecuali main ramai-ramai~

  
Huiyoo~~ Gaya kungfu semua keluar~~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Mountain Eruption ~
Dengan berbentuk sebagai sebuah gunung atau volcano yang meletup, dalaman nya ada corong yang mengeluarkan angin yang kuat dimana mana-mana bola yang masok dalam nya akan keluar diatas bagaikan gunung berapi yang meletup.

Sesiapa yang masuk didalam ni, diharap korang mempunyai kulit kepala sekeras batu sebab korang takkan taw dimana bola ni akan pergi~

     
Ok, Irfan dengan mommy sangat gembira bermain~~

Izzat plak camne eh kalau letak dalam ni?

   
Ok, dah boleh main dah~~

    
Bila jumpe mommy, kemain lagi Izzat sampai nak cium mommy ye~ Papa is jealous, you know?

 
Eh jap.. Dari mana Izzat dapat bende kecik-kecik nih? Siap cuba nak amik lagi tu~~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Main Slider ~
Yang ni la slider yang paling besar kat dalam Kid'z Paradise The Mines, siap ada 3 slide straight dan 1 slide pusing (curly) lagiteww~

      
Fuhh~ Irfan selamat landing~~

Hmm.. Kidnap Izzat jap la nak letak dalam bebola ni, nak tengok ape reaksi dier~~

  
Ok, nanges.. Memang tak suka tempat yang takleh gerak bebas letteww~~

Hmm.. Nak try letak Izzat lagi skali la, kali ni dengan kehadiran Mommy disisi plak~~

   
Ok, dah lulus dah~~


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Sandseed Area ~
Kat sini, selain anak-anak kecil bermain pasir di kawasan pantai, mereka juga boleh bermain dengan sejenis benih Cassia Seeds. Camne rupa benih ni?

 

Cam comel je biji benih ni. Keras gak la kalau nk kunyah, boleh patah gigi nih~

Ok, sambung aktiviti bermain kat sini jom~

         


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Wheel Ride ~
Wheel ride ni berada kat merata tempat, so anak-anak korang boleh pilih nak naik yang mana satu, dan ronda la mengelilingi tempat ni~~

  


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Round and Round ~
Anak korang boleh duduk dan korang bleh pusingkan anak-anak korang supaya diorang dapat keseronokan dan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Jangan pusing kuat-kuat, kang takut terpelanting keluar plak~

Kali ni Irfan main dengan akak-akak dari Arab Saudi~~

  


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Staff Cleanliness ~
Setiap masa, bila berlaku sepahan di kawasan bermain ni, akan ada staff yang bersihkan kawasan ni, memberikan keselesaan kepada kanak-kanak yang datang untuk bermain~


 


~ Kid'z Paradise The Mines Review - Conclusion ~
Bila dah puas bermain kat sini, kitorang pon berangkat pulang ke rumah. Dekat 5 jam gak la dok dalam ni, sampai pengsan gak la Irfan bila masok dalam kereta on the way balik.

Moral of the story, tempat ni memang best kalau kita nak bagi anak-anak kita bermain dan bersuka-suka. Tapi sebagai ibu bapa, kena juga la perhatikan mereka, takot kalau sampai ke tempat yang tak sepatutnya~

Sampai di sini saja, jumpa lagi di lain hari~~

Bubbyeee~~

No comments:

Post a Comment