Wednesday, 15 March 2017

DIY PVC Cuckoo Holder

Hi Guys!

Selamat datang ke post baru yang boleh memberi manfaat kepada sesiapa saja yang nak buat DIY kat rumah. Untuk post ni, saya akan share camne saya buat PVC Cuckoo Holder, untuk taknak bagi jatuh (kalau korang letak kat tempat yang sama atau sebagai idea saja).

 

Adakah korang mengalami masalah yang sama cam kat atas tu? Jom saya kongsi idea camne saya buat untuk elakkan cuckoo ni dari terjatuh~
~ DIY PVC Cuckoo Holder - Ukuran ~
Pertama sekali, yang korang kena buat, korang kena ukur dulu tapak dier. Dalam kes ni, bila kat tepi singki, korang kena ukur sampai ke tepi singki. Well, turun kan la dulu cuckoo nih~


Kalau korang tengok kat atas tu, saya ada letak A dan B. Untuk ukuran A, kena pastikan korang ukur sehingga ke tepi singki, sebelum curam tuh. Ukuran B plak adalah bergantung kepada berapa panjang dan stabil korang nak buat. 

Lagi panjang, lagi stabil tapi jangan terlalu panjang sangat sampai keluar dari penapis air nih.

Next, bila korang dah ukur A dan B (untuk projek ni, A = 13.5 cm dan B = 30 cm), korang dah boeh start untuk buat bentuk dier, ikot kreativiti masing-masing. Saya buat simple-simple saja~

 

Ini lah dia ilham saya bila nak buat Cuckoo Holder ni, dilukis dengan menggunakan Samsung Note (sebab pakai Note 2). Sorry la ye kalau buruk beno lukisannyer. Hahaha~~

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Pemasangan Tapak ~
Orait, bila dah lukis gambaran, start la aktiviti pasang-memasang. Kita start dulu dengan tapak holder kita ni~

 

Ukuran untuk tapak ni adalah sepanjang 13.5 cm, maksudnya panjang paip PVC adalah kurang daripada tu. Untuk yang ni, panjang paip PVC adalah 10.7 cm. Kenapa 10.7 cm tapi bukan 13.5 cm?

-----------------------------------------------------------------------
~ Info Penting ~
Untuk dalam paip connector ni, ada satu penanda aras dimana paip PVC tu max akan sampai kat situ. Kalau potong berlebihan atau kekurangan panjang, korang akan mengalami kesukaran untuk stabilkan cuckoo ni nanti.

Untuk connector cam "T-shape" ni, penanda aras yang paling dalam adalah sedalam 1.6 cm dari luaran. Panjang keseluruhan plak adalah  5.5 cm dari lubang yang sama.
------------------------------------------------------------------------

Haa, simple je kan? Ok dah siap dah holder kita pada harini.. Eh..

Ok ok, sambung lagi takut kena kecam.

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Pemasangan Bahagian Luaran ~
Seterusnya, kita sambung plak PVC paip kat bahagian luar, atas dan bawah (10 cm untuk atas dan 10 cm untuk bawah), dan seterusnya sambung "L-shape" PVC connector cam kat bawah ni.

 
Kumbang pon turut melihat proses pembikinan holder ni~

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Pemasangan Bahagian Dalaman ~
Bila dah sambung part luaran, part seterusnya yang paling mencabar, iaitu part untuk dalaman singki. Korang kena ukur betul-betul berapa panjang yang sesuai supaya tak la tersangkut.

 
Kumbang dah mula beredar untuk pergi jaoh. Dah tade interest kot~

Kemudian, pasang yang bahagian dalaman untuk kawasan atas plak. Ukuran dia sama jer dengan ukuran bahagian luaran.

 
Kumbang yang tengah merayau-rayau~

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Penyambungan Terakhir ~
Bila dah pasang tapak, bahagian luaran dan dalaman, apa yang penting ialah testing. Yes, kene testing dulu sebelum pasang untuk menjadi Holder yang terhebat di alam ini. Hahaha..

Jom sumbat part yang kita ada ni dulu, tengok bape panjang kita nak potong untuk sambung holder ni menjadi sempurna~

 
Wow.. Muat-muat, so memang akan grip dengan kuat nanti~

Bila dah berpuas hati dengan ukuran penyambung, so ape lagi, sambungkan jela~

Untuk ukuran penyambung ni, saya pasangkan paip PVC sepanjang 10 cm jer sebab ruangan dan saiz singki yang sempit~

 
Ahaa.. Dah siap dah~

 
Bila tengok Irfan main, dah jadi cam pistol pon ada. Hahaha~

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Pemasangan ~
Dah tiba masanya kita pasang Cuckoo Holder kita ni!

  
Ni la dia rupa di bahagian kiri dan kanan tempat Cuckoo kita~

 
Ni plak rupa di bahagian bawah Cuckoo kita~

Bila dah abes pasang ni, rasa dahaga la plak. Minum dulu la~

Sebelum ni tak pernah muat nak isi pakai botol air ni, tapi bila dah buat Cuckoo Holder ni, dah tak susah lagi~

 

~ DIY PVC Cuckoo Holder - Kos keseluruhan ~
Kat sini saya share kos keseluruhan untuk buat PVC Cuckoo Holder ni, memang murah kalau buat sendiri, okey?

Paip PVC (Guna 140 cm sahaja) = RM 2.30 (RM 4.70 sebatang)
"T-Shape" PVC Connector (4 unit) = RM 2.80 (70 sen seunit)
"L-Shape" PVC Connector (8 unit) = RM 5.60 (70 sen seunit)

Jumlah keseluruhan = RM 10.70 sahaja~~

Untuk Paip PVC, ukuran asal yang berharga RM 4.70 ni sepanjang 290 cm, tapi bila buat Cuckoo Holder ni siap ada lebihan lebih kurang 150 cm lagi~


Orait, sampai di sini saja~

Nantikan lagi idea-idea DIY PVC dari saya~

Bubbye~~

No comments:

Post a Comment