Thursday 15 June 2017

Dinding Gelas Besar Tanjung Karang Review

Selain anda boleh mendapatkan coconut shake di Coconut Shake Pasir Penambang, anda juga boleh mendapatkan coconut shake yang lebih sedap di Restoran Dinding Gelas Besar Tanjung Karang juga.

 

Terletak didalam lingkungan 300 meter dari kedai Coconut Shake Pasir Penambang, Restoran Dinding Gelas Besar ini berada di sebelah kiri sekiranya anda dari Bandar Kuala Selangor.

Memang terbukti keenakkan coconut shake disini jika berbanding dengan di kedai Coconut Shake Pasir Penambang.

~ Dinding Gelas Besar Pasir Penambang Review - Jenis dan Harga ~

 

Terdapat pelbagai variasi minuman yang disediakan di Restoran ini. Berikut adalah jenis-jenis dan harga untuk setiap minuman yang disediakan.

Kelapa Muda
Kecil = RM 2.70
Sedang = RM 3.50
Besar = RM 5.80
1 Biji = RM 3.80

Coconut Shake (Vanilla)
Kecil = RM 3.50
Sedang = RM 4.50
Besar = RM 7.00

Coconut Shake (Jagung)
Kecil = RM 4.00
Sedang = RM 5.00
Besar = RM 8.00

Root Beer Float
Kecil = RM 2.50
Sedang = RM 3.50
Besar = RM 5.00


~ Dinding Gelas Besar Pasir Penambang Review - Coconut Shake Vanilla ~

 

Coconut Shake Vanilla di Restorant Dinding Besar ini memang lebih sedap jika dibandingkan dengan Coconut Shake di Coconut Shake Pasir Penambang.

Terasa lebih lemak dan lebih sedap. Memang berbaloi membeli coconut shake di restoran ini.


~ Dinding Gelas Besar Pasir Penambang Review - Ice Green Tea ~

 

Selain dari menu Coconut Shake, Restoran Dinding Gelas Besar Tanjung Karang ini juga menyediakan air Teh Hijau Susu yang amat enak. Isteri saya pun turut menyukainya.

Menurut beliau, manisnya tidak terlalu manis dan tidak terlalu pahit. Memang bersesuaian dengan citarasanya.


~ Dinding Gelas Besar Pasir Penambang Review - Waffle ~

 

Selain daripada masakan goreng-goreng yang panas, anda juga boleh mendapatkan waffle di restoran ini. Waffle yang biasa (disediakan dengan 2 perasa yang boleh dipilih) berharga RM 3.00 sahaja.

Isi waffle yang tebal serta perasa yang banyak diletakkan di atas waffle ini menjadikan tempat ini menjadi pilihan saya yang sudah semestinya sukakan campuran Coklat dan Kacang.


~ Dinding Gelas Besar Pasir Penambang Review - Kesimpulan ~

Jika dibandingkan dengan Coconut Shake Pasir Penambang, Coconut Shake di Restoran Dinding Gelas Besar ini ternyata lebih sedap dan lebih berlemak.

Meskipun tiada sebarang redeem card yang disediakan oleh restoran ini, saya tetap memilih restoran ini sebagai destinasi Coconut Shake sekiranya saya balik kampung mertua.

Sampai disini sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyee~

1 comment: