Thursday 8 June 2017

Warong Soto Pasir Penambang Review

Sebaik sahaja selepas Bandar Kuala Selangor, di sebelah kanan (berhampiran dengan Cendol Durian Borhan) terdapat sebuah kedai yang pakar didalam menyediakan makanan ala-ala Jawa.

 

Warong Soto yang terletak di Pasir Penambang ini telah ditubuhkan sejak tahun 1977 lagi, dimana telah mencecah 40 tahun pada tahun ini (2017).

Jom saya berkongsi dengan anda semua makanan-makanan yang menarik yang boleh didapati di sini.

~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Persekitaran ~

 

Terletak di bahagian luar kedai adalah koleksi ikan-ikan yang masih hidup yang telah diasingkan kepada hampir 20 balang akuarium, dari ikan guppy yang kecil sehingga ikan flowerhorn yang besar.

 


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Soto Special ~

 

Soto Special yang berharga RM 6.00 ini dibanjiri dengan pelbagai jenis isi. Di dalam hidangan ini ada Ayam Goreng, Bergedil, Nasi Impit dan bermacam-macam lagi.

Supnya pula memang terasa rempahnya, bukannya sup yang kosong. Sekiranya anda tidak inginkan Soto Special ini, anda boleh order samaada Soto Biasa (RM 4.00) atau Soto Bergedil (RM 4.50).


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Ayam Penyet ~

 

Sama seperti masakan ayam penyet yang lain, kesedapan masakan jenis ini terletak di sambalnya. Sambal yang dihidangkan disini tidak terlalu pedas dan terasa kemanisan ketika masuk didalam mulut.


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Nasi Goreng Udang ~

 

Dengan harga RM 5.00, Mee Goreng Udang ini memang berbaloi bagi penggemar udang dimana udang yang dimasukkan didalam hidangan ini sangat banyak. Boleh dikira lebih daripada 5 ekor udang bersaiz besar dihidangkan didalam setiap hidangan.


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Pencuci Mulut ~

 

Terdapat pelbagai jenis juadah yag disediakan sebagai pencuci mulut seperti Jelly Kelapa Muda, Jambu, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan lain-lain lagi.


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Air Botol Kordial ~

 

Minuman jenis ini memang sukar untuk didapati di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur mahupun Kajang, tetapi anda boleh mendapati minuman seperti ini di kawasan Luar Bandar.


~ Warong Soto Pasir Penambang Review - Kesimpulan ~

Warong Soto Pasir Penambang ini sangat famous dengan golongan-golongan bikers yang bermotor kuasa besar, dimana kebanyakkan daripada mereka datang ke Pasir Penambang semata-mata untuk makan Soto di kedai ini.

Bagi saya, makanan disini sudah semestinya memenuhi citarasa saya kerana setiap hidangan, terutama hidangan yang berasaskan sup, cukup rempah-ratus yang disediakan.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyee~~

No comments:

Post a Comment