Wednesday 29 March 2017

Jelajah Redang Part 1 - Feri Jeti Syahbandar to Redang Review

Salam Sejahtera semua!

Bila dah pusing-pusing area Kuala Terengganu selama dua hari (nanti saya update pasal Kuala Terengganu), maka masuk lah pula ke siri Jelajah Redang.

Setiap aktiviti yang kami lakukan di Pulau Redang akan dikongsi bersama demi kebaikan setiap orang yang inginkan informasi berkenaan dengan Pulau Redang, bermula dari Jeti Syahbandar Kuala Terengganu ni sendiri.

Untuk pengetahuan korang, untuk ke Pulau Redang, korang boleh naik feri samada dari Jeti Syahbandar (amik masa kira-kira 75 minit) ataupon dari Jeti Merang (amik masa kira-kira 45 minit)~

 

So, kita start part yang pertama, iaitu Jeti Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu dulu~
Jeti ni terletak diantara Dataran Syahbandar dengan Pasar Payang, so kalau yang first time datang sini memang susah nak cari sikit sebab dalam WAZE takde lokasi nih.

Bila korang masuk, akan ade Kaunter Tiket kat sebelah kiri korang tu, dimana kaunter ni korang kena beli tiket feri dan tiket kemasukan ke Taman Laut Malaysia.

  

Kalau korang bawa keluarga bersama, so korang boleh duduk-duduk kat kawasan menunggu yang telah ditetapkan. Tapi yang best nyer, tempat duduk ni sentiasa penuh.

Hahaha~

 

Patutla diorang suruh datang at least 30 minit lebih awal ke sini, sebab memang sentiasa ramai orang naik feri ke Redang, lagi-lagi time cuti sekolah. Kitorang plak sampai sejam lebih awal, dimana beratur pon dah amik masa sampai 30 minit.

Izzat pon siap tertidur lagi menunggu mommy membeli tiket~

 

Orait, akhirnya mommy dah siap beli tiket. Nak dijadikan cerita, boleh plak mommy lupa beli tiket ke Taman Laut Malaysia. Sampai nak naik feri, time tengah check tiket baru terperasan yang tiket Taman Laut Malaysia belum beli lagi.

Tapi kat tempat check tiket sebelum masok feri pon boleh juga beli tiket ke Taman Laut Malaysia ni, so tak perlu risau sangat kalau tak beli tiket kat pintu masuk tadi tu (Nasib baik..)~


 
Tiket Feri~

  
Tiket ke Taman Laut Malaysia~

Untuk pengetahuan korang, Tiket Taman Laut Malaysia ni hanya valid selama 3 hari sahaja dari tarikh korang ke sana. Maksudnya, korang kena keluar dari Redang bila dah 3 hari atau kena beli tiket tambahan kalau nak menetap lama.

So, berapa la agak-agaknya harga tiket untuk Feri dan juga Taman Laut Malaysia ni? Meh sini saya share sikit.

Harga Tiket Feri
Dewasa = RM 55.00 seorang sehala
Kanak-kanak = RM 35.00 seorang sehala

Harga Tiket Taman Laut Malaysia
Dewasa = RM 5.00 seorang

Camne plak dengan waktu perjalanan Feri kat Jeti Syahbandar ke Pulau Redang dan dari Pulau Redang ke Jeti Syahbandar ni?

Waktu Perjalanan Jeti Syahbandar ke Pulau Redang: 0900, 1030, 1500

Waktu Perjalanan Pulau Redang ke Jeti Syahbandar: 0700, 1100, 1300

Waktu Perjalanan Jeti Merang ke Pulau Redang: 0800, 0930, 1300
Waktu Perjalanan Pulau Redang ke Jeti Merang: 0900, 1100, 1300

Bila semua dah selesai, ape lagi, berjalan ke Feri la kita~

   

Fuhh, gigih gak la kitorang ni berjalan ke arah pelabuhan feri nih. Mau lebih 100 meter gak la kitorang berjalan. Then, beratur la nak masok dalam Feri~~


   

Huh! Tu feri dah tunggu tu, tolak tolak~ Hehehehe~


   

Bila dah dapat masok, mata pon ape lagi, meliar mencarik tempat duduk. Tapi beg takleh nak bawa masok ke tempat duduk, so diorang letakkan kat tempat bagasi beg..


 

Oya, lupa nak bagitau kat korang semua. korang mesti ada perasan kan yang setiap beg ade cam tagging?

Tagging tu untuk memudahkan anak kapal untuk mengeluarkan beg-beg tu mengikut lokasi bila nak tukar feri nanti. Bentuk dia cam bawah ni.


 

Oleh sebab kitorang akan stay kat Sari Pasific nanti, kat tagging ni diorang tulis "SARI". Tanpa membuang masa lagi, moh kita ke tempat duduk yang telah dicop oleh mommy.

   

Sempat gak la saya amik gambar life jacket yang ada kat dalam feri ni. Memang banyak kot sampai kiri kanan pon ado~


 

Maka, kami pon berangkat sekeluarga menuju ke Pulau Redang. Masa yang diambil adalah lebih kurang 75 minit. So, dalam 75 minit ni, macam-macam la aktiviti memeningkan kepala papa dan mommy yang Irfan buat. 

Izzat plak tidur keletihan.. Hahaha~


   

Bila dah nak sampai 75 minit, kitorang pon nampak la pulau-pulau dari luar tingkap. Dah sampai kot kat Pulau Redang~


  

Bila dah sampai, katanya akan ada penukaran feri ke boat penumpang yang besar. Anak kapal pon bagitaw la nama-nama hotel yang akan transit, tapi tak dengar la plak nama hotel "SARI". 

Kitorang pon agak ralat time tu, tengok hampir semua penumpang turun dari feri ke boat penumpang..


 

Time-time tengah ralat tu, kitorang terpandang kat luar menghala ke boat penumpang. Sekali nampak la plak beg kitorang kat situ.


 

Ape lagi, jadi lipas kudung la kitorang keluar dari feri tu.. Hahaha~~

Nasib baik tak terlepas diatas kepekaan kitorang.. Maklum la, first time datang sini. So, sekarang ni kitorang dah naik boat penumpang yang berupa cam kat bawah ni~


  

Bila semua penumpang dah naik, boat penumpang ni pon bawa la kitorang ke destinasi seterusnya. Betapa indahnya pemandangan kat sini, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, percikan air laut menampar muka walaupon dalam cuaca yang terik (tengah hari la katekan)~


   

Time tengah menikmati pemandangan yang kehijauan dan kebiruan ni, terpandang la plak kat Irfan yang tengah main sesuatu kat atas boat penumpang ni..

Main pasir rupanya. Memang dah tak sabar-sabar nampak, sampai pasir yang sikit tu pon boleh main. Hahaha~


   

Kemudian, continue balik amik gambar~


        

Bila dah lebih kurang 10 minit kat atas boat penumpang ni, akhirnya sampai ke destinasi yang pertama, dimana bukannya tempat perhentian kitorang. 

Waduhhh.. Macho sangat mamat bawah ni..


 

Destinasi yang pertama ni dikenali sebagai "Redang Mutiara". So, amik gambar dulu sebelum boat penumpang bergerak ke destinasi yang kedua, juga merupakan destinasi yang terakhir diatas boat penumpang ni~


   

Sambung amik gambar~
   

Selepas lebih kurang lagi 10 minit, akhirnya kitorang nampak destinasi yang terakhir, iaitu Pantai Long Beach~

      

Secara kesimpulan, masa perjalanan dari Jeti Syahbandar menelan masa selama lebih dari 120 minit atau 2 jam untuk sampai ke Pantai Long Beach ni.

Walaupon kitorang selamat sampai di Pantai Long Beach ni, tetapi perjalanan kitorang yang sebenarnya akan bermula sebentar lagi, iaitu dari kawasan landing zone ni ke Hotel Sari Pacific yang terletak kira-kira 400 meter jauhnya.

Semuanya akan saya share pada post yang akan datang.

Nantikanlah dan jumpa di post yang seterusnya~


Wassalam~

4 comments:

  1. Salam. Encik, ap fungsi tiket taman laut ty? Mmg wajib beli k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Tiket Taman Laut ni memang wajib beli, lebih2 lagi kalau awk nk melawat pulau2 di sekitar Redang. Tiket ni boleh dianggap sebagai kutipan untuk mengekalkan dan memelihara lautan disekitar Pulau Redang oleh pihak kerajaan.

      Delete
  2. Kalau boat transfer dah termasuk dalam package yang kita ambil dengan resort, macam mana nak claim dari jeti ye?

    ReplyDelete
  3. mewah betul bot mereka nie kalau ada ombak mesti xrasa sebab bot besar

    ReplyDelete