Thursday 30 March 2017

Jelajah Redang Part 2 - Drop Zone to Sari Pasifica Resort & Spa Review

Hi semua!

Selamat datang ke bahagian ke-dua siri jelajah Pulau Redang. Pada siri pertama, saya banyak menceritakan berkenaan dengan Jeti Syahbandar, Feri dan juga Boat Transit.

Kepada sesiapa yang first time baca siri Jelajah Redang ni, dan nak taw pengalaman kitorang pada post yang sebelumnya, boleh click link bawah ni~


Tanpa membuang karen, jom kita teruskan dengan bahagian kedua~

 

Selepas 2 jam kitorang berada di atas laut, akhirnya kitorang sekeluarga pon selamat sampai menjejakan kaki di Pulau Redang.

 

Kitorang diturunkan di Ledang Beach Resort, kira-kira 400 meter dari hotel yang kitorang akan duduk, iaitu Sari Pasifica Resort and Spa. En. Bala (orang yang angkat beg kitorang kat gambar atas tu) bagitaw yang transportation untuk amik kitorang akan sampai dalam masa 10 minit.

So, ape nak buat untuk mengisi masa 10 minit ni?

Mommy ooo mommy~ Eh kemane plak la dier pegi tu. Mencari makanan ler teww. Pantang betul bila nampak signboard Kopitiam. Hahaha~

    

Hmm. Makanan tak best, takde yang light-light untuk isi perut sebelum makan tengah hari. Maklumla, dah kol 1 petang~

Irfan dah semestinya melepaskan geram beliau terhadap pasir-pasir kat pantai ni~

   

Kemudian, Izzat pon join sekali~

 

Tak lama lepas tu, orang hotel bagitaw yang kenderaan ke hotel dah sampai. So, kitorang pon bergerak la menaiki kenderaan atau lebih dikenali sebagai traktor~

    

Kemain eksited lagi Irfan dan mommy dapat naik traktor ni. Perjalanan ke Hotel Sari Pasifica ni mengambil masa lebih kurang tak sampai 5 minit pon~

Sementara nak sampai kat hotel, kita tengok view atau pemandangan yang menawan hati setiap pengunjung ke Pulau Redang ni, iaitu Pantai yang sangat bersih dan airnya yang sangat jernih~

   

Time naik traktor ni, terasa angin pantai yang lembap-lembap sejuk tiup dari arah laut. Pergh, ini la yang dikatakan percutian!

Tapi saya sangat pelik bila tengok anak-anak kecil ni main pasir ataupon mandi-manda kat pantai time tengah hari dengan panas berdengking ni. Nanti try la buat yang sama, tengok best ke tak~

Sedang tengah syiok menikmati udara laut yang segar, tak sedar dah sampai kat hotel~


  

Sampai-sampai je kitorang kat sini, kitorang disambut dengan baik sekali oleh staff hotel. Layanan pon agak mesra. Terasa memang cam VIP betul la~

  

Time tengah jalan nak ke kaunter pendaftaran, ada plak aktiviti outdoor yang korang boleh main. Contohnya ada Foosball, Ping Pong, Snooker dan juga Electronic Dart~

  

Dari sini pon dah boleh nampak swimming pool diorang. Besar weii~


   

Bila kitorang duduk je, staff hotel hidangkan kitorang dengan minuman "Welcoming Drink" yang merupakan minuman Green Tea. Nak amik lebih pon boley~

  

Izzat asik pandang je kat minuman ni, mungkin teringin nak merasa. Tapi disebabkan minuman sejuk, kitorang terpaksa tak bagi Izzat minum. Sorry Izzat~
Tengah-tengah minum, terhidu la plak satu aroma yang menenangkan. Carik punya carik, ada kat belakang je rupanya~

  

Saya sebenarnya ada satu soalan, sebab terasa tak tenang kalau tak tanya.. Minyak tradisional kita memang ada bunga chengkih eh?

Hmm..

Tak lama lepas tu, receptionist pon panggil la kitorang untuk urusan kemasukan kedalam bilik hotel.


  

Hmm.. Comelnyer receptionist ni, geram plak saya tengok.. Grrrr~


 

Err.. Kita teruskan sebelum saya memakan sup trompah..

Kalau ikot kepada informasi yang diorang bagi, check in sebenarnya dalam kol 3 petang. Time kitorang datang dalam kol 1.30 petang dan memang dah ada bilik yang ready untuk kitorang masuk.

Sementara tu, mommy siap pegi shopping lagi tu kat kedai serbaneka hotel. Yang penting semua makanan sangat mahal OK? Tapi disebabkan beliau kalut time tu, beliau bayar je, sampai dalam bilik baru perasan~



 

So, ape lagi. Kunci dan jajan bagai semua dah dapat, so jom kita ke bilik~~

Sebelum tu, terima kasih sekali lagi kepada Mr. Bala sebab tolong kitorang angkat dan bawa beg ke bilik~



   

Dalam perjalanan ke bilik, ternampak la Lagoon diorang yang takleh nak mandi. Swimming pool je yang boleh mandi, dimana terletak kat main loby area registration tu.

 

Daannnnnn~


Sampai dah ke bilik! Woohooooo~

Setiap bangunan cam gambar kat bawah ni ada 4 buah bilik; 2 bilik kat bawah dan 2 bilik kat atas.

 

Jom kita tengok suasana dalam bilik plak~


Bila bukak je pintu, dah nampak katil saiz king yang sangat tinggi. Ni kalau budak-budak ni men panjat-panjat, boleh masok hospital la gak ni. Yang paling best siap ada bunga-bunga lagi tu atas kepala katil~
  

Mommy siap cakap lagi yang bunga-bunga ni sebenarnya tak penting pon, tak perlu ada pon takpe. Yang paling penting bau bilik yang tak berapa berbau sangat daripada bunga bagai.

Yang ni plak tempat duduk atau sofa yang disediakan~

 

Meja study dan almari TV~


  

Bilik pakaian. Besar weii~

  

Meja Solek~


 

Bathroom~

     

Dan last sekali, Brandar bilik~

     

Walaupon semuanya nampak cam perfect, tapi banyak peralatan yang diorang tak maintain. Sayangnyer~

1. Bathtub yang takde tempat nak sumbatkan lobang.



 


2. Almari TV yang penutup peti aisnyer tah hilang di mana.


 

3. Kerusi yang cam dah kena makan dengan anai-anai.


 

Disebabkan tak makan tengah hari lagi time ni, maka perut pon membuka lagu keroncong yang sangat rancak.

Tapi katne tempat makan yang halal yang kita boleh makan kat Pulau Redang ni?

Saya akan kongsikan kat korang pada post yang akan datang.

Jumpa lagi!

4 comments:

  1. Hai nak tanya, korang pergi dengan agensi ke dan berapa total cost pergi pulau redang?

    ReplyDelete
  2. Hai.. Kitorang ke Redang tidak mengikuti mana-mana agensi perlancongan. Semuanya dibuat sendirian berhad.. :)
    .
    Jumlah keseluruhan lebih kurang hanya RM 3,000 sahaja pada waktu ini (tahun 2017).

    ReplyDelete